Wanita OKU Gigih Jual Tepung Pelita Sambil Ditemani Anak

Posted on

Dengan kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk mencari rezeki lebih-lebih lagi buat mereka yang ‘istimewa’.

Kita sering melihat mereka yang tidak sempurna anggota badan meminta sedekah dan jarang melihat golongan ini bekerja. Namun berbeza dengan wanita OKU ini yang gigih mencari rezeki meskipun berkerusi roda.

Kak ina dgn anak dia ni aku jumpe area wangsamaju.. Kak ina ni oku.. Niaga tepung pelita.. Sape2 nak order boleh call 0175519108..xdpt support kite share ramai2..Sedap tepung pelita dia ni.. Serius..

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan tentang wanita OKU dikenali sebagai Kak Ina ini yang menjual tepung pelita sambil ditemani anaknya di sekitar Wangsa Maju.

Malah, pengguna Facebook dikenali sebagai Syafiq itu turut menyeru orang ramai supaya mewar-warkan peniagaan Kak Ina di media sosial. Syafiq turut memuji tepung pelita yang dijual oleh Kak Ina sangat sedap.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi kegigihan wanita itu serta turut mendoakan agar Kak Ina dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar Kak Ini diberikan kesihatan baik untuk terus mencari rezeki bagi menampung dirinya dan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.