“Kalau Tak Suka, Boleh Unfollow Saya” – Fasha Sandha

Posted on

“Itu Instagram Saya, Terpulanglah Saya Mahu Tulis Apa”

 

Sesiapa yang mengikuti perkembangan Fasha Sandha di Instagram pasti tahu beliau sering meluahkan apa yang terbuku di hati. Tetapi nampak gayanya, tindakannya itu sedikit sebanyak mengundang rasa tidak senang peminat yang menganggap beliau mempergunakan peminatnya di laman sosial.

BACA‘Kawan Rapat’ Luah Rasa Rindu Pada Fasha Sandha

“Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow. Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja”

“Saya jenis orang yang tahu baik dan buruk sesuatu tindakan yang diambil dan saya okey saja dengan apa orang hendak kata kerana sudah lali. Saya tak baca komen negatif tetapi kalau ada orang maklumkan kepada saya barulah saya akan sekat mereka,” jelasnya kepada m Star Online.

Bagaimanapun Fasha tidak pernah sesekali mengambil pusing tentang kritikan haters kepadanya kerana menganggap Instagram merupakan ruang peribadinya untuk berkongsi. Malah beliau tidak merasakan keterbukaannya menulis menjadi kesalahan dan tidak berkongsi perkara baik saja.

Kalau masih ingat ketika pertengkaran kecil diantara beliau dan Nora Danish juga, Fasha lebih terbuka berkongsikan rasa hatinya di laman sosial berbanding Nora. Mungkin dengan cara itu beliau berasa lebih dekat dengan peminatnya ketika berkongsikan sesuatu.