Warga emas meninggal dunia ketika sujud solat Maghrib

Posted on

Kematian yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas seorang warga emas yang meninggal dunia ketika sujud di Surau Addauliah, Taman Permata, Kluang, Johor, pada Ahad.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, Zakaria Suriat atau dikenali dengan panggilan Pak Ya, berusia 60-an, menjadi makmun di safyang pertama.

“Apabila tiba rakaat kedua dan ingin sujud, Allahyarham kelihatan tidak bermaya serta bernafas dengan kencang.

“Allahyarham kemudiannya sujud pada rakaat kedua dan tidak bangun-bangun selepas itu,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, ketika jemaah lain duduk tahiyat awal, mereka tidak menduga apa yang berlaku ke atas Allahyarham sehingga semuanya selesai solat.

“Apabila selesai solat, jemaah cuba mengejutkan beliau tetapi sudah terlambat dan Allahyarham disahkan telah meninggal dunia dalam keadaan bersujud,” katanya.

Allahyarham Pak Ya dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit pada dirinya sebelum mengerjakan solat Maghrib di surau tersebut.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah..

sumber : cempedakcheesee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.