Pandu Sendiri Kereta Hantar Pergi Mengaji, Nenek Beragama Budha Tegas Didik Cucu Sampai Khatam Quran

Posted on

” Cina atau Melayu sama sahaja… saya menjaga cucu lsIam sejak kecil sampai besar dan sekarang dia sudah berkahwin, anak saya tiga orang masuk lsIam dan saya biasa sahaja (tidak memarahi mereka). Cina, India dan Melayu sama buat apa kita berselisih faham antara satu sama lain?

Demikian kata-kata seorang nenek beragama Buddha,Tan Guan Neo, 75 yang menjaga cucu perempuan lsIam sejak 23 tahun lalu.

Beliau yang mesra dipanggil sebagai Nyonya Popo berkata, perkara yang membawa perpecahan kaum dan agama sehingga menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat di negara ini seharusnya dielakkan demi memastikan perpaduan yang dinikmati rakyat ketika ini.

” Agama dan kepercayaan yang berbeza bukan penghalang untuk kita hidup harmoni, paling penting kena saling menerima kerana tuhan sudah arahkan kita berbuat baik sesama manusia tidak kira apa jua agama,”

” Sudah berpuluh-puluh tahun Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan agama. Walaupun masyarakat kita tidak menganut agama yang sama, tetapi kita berkongsi negara yang sama. Perpaduan inilah yang buatkan negara kita kuat dan unik,” katanya.

Dia mempunyai lima anak perempuan berusia antara 43 dan 54 tahun yang tiga daripadanya iaitu Faridah Nurul Ain, 54, Nur Hasleena Lee, 52, dan Fatin Nasuha Lee, 43, menganut agama lsIam selain 11 daripada 15 cucunya juga beragama lsIam.

Guan Neo dan suaminya, Lee Nyong Yin yang mninggaI dnia akibat denggi berdrah lima tahun lepas mengambil tanggungjawab menjaga cucu perempuannya, Fahira Nabilah Isham sejak cucunya itu berusia empat bulan.

Menurutnya yang merupakan Cina peranakan dan pernah menerima Anugerah Ibu Cemerlang 2015 peringkat negeri Melaka, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran terutama perbezaan agama selain pandangan serong dari masyarakat sekeliling dalam menjaga Fahira Nabilah yang kini berusia 23 tahun, namun dia berjaya menempuhinya.

” Saya akui bukan senang untuk besarkan cucu untuk pastikan dia mendapat pendidikan agama yang sempurna apatah lagi saya agama lain, Fahira Nabilah agama lain, bahkan ramai yang mengganggu tetapi saya tidak takut, kerana bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Abu Talib pun bukan lsIam tapi jaga baginda dengan penuh kasih sayang.

” Jadi apa salahnya saya jaga drah daging saya sendiri, lagipun semasa Fahira Nabila bersekolah, saya sendiri memandu kereta untuk menghantarnya ke sekolah agama dan mengaji selain memastikan dia tunaikan solat, berpuasa dan khatam al-Quran,” katanya yang pernah membasuh rumah dengan air tanah dan tidak membela anjing sejak menjaga cucunya itu.

Sementara itu, Fahira Nabilah yang merupakan graduan Diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin berkata, generasi muda perlu mengekalkan kemakmuran dengan menghargai keamanan negara selain tidak mudah terpengaruh dengan anasir jah4t terutama di media sosial.

” Misalnya, saya dan Popo (Tan) berbeza fahaman, namun kami saling hormat menghormati antara satu sama lain. Paling penting untuk berjaya dalam apa jua cabaran yang kita hadapi, kita perlu bersatu,” katanya yang sudah berkahwin dengan pasangannya Muhammad Asyraf Abd Rahman, 23, sejak Januari lepas.

Fahira Nabilah mempunyai dua adik lelaki iaitu Fariz Ikmal Isham, 21, dibesarkan oleh keluarga sebelah bapanya Isham Mansor yang telah mninggaI dnia pada 2008 manakala seorang lagi adiknya Falah Isyraf Isham, 14, kini tinggal di Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj di Pantai Kundor.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.