Tahun lalu, kontroversi bekas suami isteri ini hangat diperkatakan. Baru saja menjengah tahun baharu 2020, nampaknya nama Aliff Aziz dan bekas isterinya, Bella Astillah kembali menjadi bualan ramai apabila kedua mereka memuat naik foto bersama.
Menerusi Insta Story, Bella berkongsikan foto mesranya sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya yang berada di tempat pemandu. Lebih menguatkan spekulasi itu, Aliff turut memuat naik foto memperlihatkan Bella di belakangnya.
Baca : “Cantiknya Bella..macam anak patung!” – Peminat Puji Gambar Terbaru Bella Astillah
Foto tersebut sekaligus menarik perhatian netizen yang membuat andaian bahawa pasangan itu sudah kembali bersama.
Lebih menjadi perhatian perkongsian Bella mengenai status mutiara kata yang dimuat naik oleh ibu Aliff. Kata-kata yang dikongsikan itu seolah menggambarkan perhubungan Aliff dan Bella dimana ada menyebut,”Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini”.
Sebelum ini, Bella memberitahu dia tidak menolak seandainya masih ada jodoh dengan bekas suami. Bella berkata lagi, dengan keadaan Aliff yang bermasalah, dia hanya membantu untuk memberikan sokongan.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan kurniakan seorang cahaya mata Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun lebih sahaja dan mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.