Emma Maembong Bakal Kahwin Tahun Ini?

Posted on

Selepas hubungan cintanya dengan Kamal Adli terputus ditengah jalan, Emma Maembong sering dikaitkan dengan beberapa orang jejaka namun tidak menjalinkan hubungan serius. Namun, baru-baru ini timbul gosip kononnya Emma bakal berkahwin tahun ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip itu. Ujarnya lagi, gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya.

“Hampir setiap tahun sejak dahulu lagi, gosip atau cerita nak kahwin akan muncul. Bagi saya, ia umpama doa yang baik. Cuma saya malas hendak bercerita panjang. Nanti tak jadi kahwin, akan dikecam pula.

“Macam selalu, kalau keluar gosip hendak berkahwin, saya aminkan doa itu. Dalam hal ini, saya hanya minta doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini Emma berkata dia tidak kesal apabila masih lagi solo selepas beberapa episod percintaan terputus di tengah jalan. Emma turut berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.