Tayar motor kempis, pasangan OKU redah ‘highway’ bawa bayi ke hospital

Posted on

Kalau kita sangka dugaan yang kita tempuhi dalam hidup ini susah, jangan kita lupa sebenarnya masih ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

Menerusi perkongsian lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook, dia gagal menahan sebak apabila secara tidak sengaja bertemu dengan pasangan OKU dan anak mereka yang menaiki motosikal di lebuhraya.

Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati

Menurut Zairul, semuanya bermula apabila dia sedang laju menunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie baru-baru ni, sebelum terlihat sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan bahaya.

Bila diteliti, barulah Zairul perasan yang penunggang motosikal ini ada membawa seorang bayi bersama. Mereka kemudian berhenti di tepi jalan.

Zairul terkejut apabila pasangan itu mula beri bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap. OKU Pendengaran rupanya.

Kami dari Hospital Ampang. Check up baby, ada masalah hearing

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan

Netizen yang membaca kisah sedih ini sangat tersentuh dengan apa yang menimpa keluarga pasangan OKU tersebut.

Rata-ratanya mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.