Beberapa tahun selepas Kuala Krai mengalami bencana banjir terburuk dalam sejarah pada tahun 2014, Kuala Krai dikatakan mengalami perubahan cuaca yang mendadak setiap kali redanya musim hujan.
Suhu di kawasan tertentu dikatakan mengalami perubahan sekitar 19-23 celcius dan pernah mencatat suhu minimum 15 celcius seolah-olah berada di kawasan peranginan Cameron Highland.
Tahun ini, Kuala Krai sekali lagi mengalami penurunan suhu selepas redanya musim hujan Disember lalu dengan mencatatkan suhu 19 darjah celcius ketika waktu subuh.
Suhu sejuk ini dikatakan berlaku sekitar pukul 6 sehingga 8 pagi diikuti kabus tebal namun meningkat menjelang tengah hari sehingga petang.
Baca :Doa Ketika Cuaca Panas Melampau
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan, Rabiah Al-Adawaiyah, perubahan cuaca ini berlaku pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh kesan tiupan angin timur laut dari tanah besar China.
Namun, bagi telahan penulis, mengikut kepercayaan orang tua, angin kuat beserta suhu sejuk kebiasaannya menjadi petanda bahawa kemarau panjang bakal menjelma.
Malah, kabus yang luar biasa di waktu pagi juga menjadi petunjuk kepada cuaca kering dan panas terik yang akan berpanjangan sehingga tibanya musim hujan.
Hal ini boleh dibuktikan apabila Kuala Krai juga turut diisytiharkan sebagai kawasan paling panas di dalam negara dengan catatan cuhu setinggi 37.7 celcius pada Mei 2016.
Musim panas itu kemudian akan berlanjutan sehingga penghujung tahun dan mula dilanda hujan kembali pada bulan Oktober hingga Disember.
Yang menjadi persoalan, bagaimana struktur muka bumi daerah negeri Cik Siti Wan Kembang itu sering menjadi tumpuan bencana seperti bajir besar, cuaca panas dan cuaca sejuk sekaligus menjadikan Kuala Krai lebih dikenali kerana “bah kuning” dan cuacanya yang unik itu.
Disebabkan keunikan ini juga, mungkin warga Kuala Krai boleh beranggapan bahawa mereka tinggal di kawasan “tiga musim” iaitu musin tengkujuh, musim sejuk dan musim kemarau.
Tidak lupa juga musim buah.