Putrajaya, 18 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai agar tinggal di dalam rumah sepanjang dua minggu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini sahaja dulu. Kenapa? Kerana kita nak putuskan rantaian jangkitan virus ini supaya jumlah orang yang dijangkiti dapat dikurangkan atau dihapuskan.
“Kenapa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2 minggu? Ini kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi selama 2 minggu,” katanya.
Batalkanlah dulu niat pulang ke kampung, pulang pada waktu yang lain, tambahnya.