KKM Sahkan Satu Lagi Kes Kematian Covid-19

Posted on

Gejala wabak pandemik Covid-19 ini semakin membimbang kerana kes kematian di seluruh dunia semakin meningkat dan kes positif masih lagi tidak berkurang.

Melalui kiriman daripada Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan satu lagi berita sedih buat rakyat Malaysia apabila jumlah kematian kes Covid-19 meningkat kepada 24 orang setakat ini.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Sumber: KKM

Join Telegram

Redmi K30 Pro Zoom Edition Turut Dilancarkan Dengan Kemampuan Zum 30X

Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini sebagai telefon mercu 5G dengan Snapdragon 865 paling mampu milik di pasaran dengan harga bawah RM2000 sebuah. Pada waktu yang sama Redmi K30 Pro Zoom Edition turut dilancarkan dengan kemampuan zum sehingga 30X.

Peranti dilengkapi skrin 6.67-inci AMOLED FHD+ yang menyokong paparan kandungan HR10+, pengimbas cap jari dalam skrin dan kadar segar semula 60Hz. Sebagai langkah mengurangkan kos skrin dengan kadar segera semula dan resolusi lebih tinggi tidak digunakan.

Redmi K30 Pro Zoom

Ini dipadankan dengan cip Snapdraon 865, memori 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB UFS 3,1 dan bateri sebesar 4700 mAh. Bateri yang agak besar ini menyokong pengecasan pantas 33W menerusi port USB-C. Tiada sokongan pengecasan nirwayar atau mengecas peranti lain secara nirwayar di sini.

Spesifikasi kamera utama pula ialah 65-MP sudut lebar, 13-MP ultra sudut lebar, 8-MP telefoto dan 2-MP makro. Kuad-kamer ini disusun dalam sebuah bonjol kamera berbentuk bulat. Perbezaan spesifikasi kamera terletak pada sensor telefoto yang meningkat ke 8-MP berbanding 5-MP pada K30 Pro biasa.

Pada bahagian hadapan pula sebuah kamera pop naik sebesar 20-MP. Redmi mengekalkan rekaan kamera pop naik dengan lampu LED terbina sekali lagi enggan mengikut trend lubang kamera pada skrin,

Redmi K30 Pro Zoom

Apa yang kami rasakan menarik ialah peranti masih mempunyai kemampuan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm, WiFi 6 dan sokongan rakaman video pada resolusi 8K 30FPS.

Di China Redmi K30 Pro ditawarkan pada harga RMB3799 (~RM2380) sebuah untuk versi 8/128GB dan RMB3999 (~RM2505) untuk versi 8/256GB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.