Sekumpulan bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Sungai Golok, Thailand mengambil inisiatif dengan khatam al-Quran setiap malam sebagai ikhtiar memohon pertolongan dari ALLAH supaya segera menghapuskan virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
Kandungan
Khatam al-Quran
BACA: Info Bantuan Prihatin Nasional: Jumlah Bantuan & Tarikh Pembayaran
Wakilnya, Fakhrurrozi Fauzi berkata, setiap malam mereka akan membuat agihan surah sebelum memulakan bacaan.
“Selepas itu, kami akan mulakan bacaan secara serentak di rumah masing-masing.
“Sejurus khatam al-Quran, kami akan berdoa memohon pertolongan dari ALLAH supaya semua kesulitan yang sedang melanda ketika ini pulih secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Katanya, beliau memohon seluruh umat Islam untuk melakukan perkara yang sama dengan memperbanyakkan lagi bacaan al-Quran.
“Inilah masa yang terbaik untuk kita kembali membudayakan semula bacaan al-Quran.
“Bila banyak baca al-Quran secara tidak langsung kita dapat mendekatkan lagi diri kepada ALLAH selain memahami isi kandungan kitab suci itu,” katanya.
Tencent Bekerjasama Dengan Huawei Untuk Membangunkan Platform Permainan Awanan
Beberapa syarikat telah mula memfokuskan kepada penawaran platform permainan awanan akhir-akhir ini, antaranya termasuk Google, Amazon, Sony dan juga Microsoft. Kini, turut tidak ketinggalan adalah Huawei.
Tencent dan Huawei kini telah pun mengumumkan kerjasama untuk pembangunan platform permainan awanan. Tencent seperti ramai sedia maklum, mempunyai pelbagai permainan yang diterbitkan oleh mereka, dan merupakan syarikat permainan terbesar di dunia.
BACA: Kos Menggantikan Skrin Samsung Galaxy S20 , S20+ Dan S20 Ultra Mencecah RM 920
Huawei pula sedia terkenal dengan pembangunan infrastruktur dan cip pemprosesan. Dengan kerjasama kedua-dua pihak ini, mereka akan melihat kepada sejumlah arena berkaitan dengan permainan awanan – termasuk untuk kecerdasan buatan dan juga realiti terimbuh dalam permainan.
Buat masa ini, mereka hanya sekadar mengumumkan kerjasama dan melancarkan makmal inovasi. Kita mungkin mendengar lanjut daripada mereka dalam tahun-tahun akan datang.