Hari demi hari, jumlah pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenarkan pulang ke rumah terus meningkat. Terbaru, jumlah keseluruhan yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham adalah 767 kes yang pulih setakat 2 April 2020.
Walau bagaimanapun, dalam sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu walaupun ada tanda awal pemulihan namun ia masih awal untuk membuat kesimpulan.
“Dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sama ada perlu disambung atau sebaliknya.”
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengawal penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri.
Walaupun ada tanda awal pemulihan namun masih awal untuk membuat kesimpulan.
Dalam tempoh dua minggu PKP ini, kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sana ada perlu disambung atau sebaliknya.
Amat penting kita patuhi PKP, penjarakan sosial dan kebersihan diri.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 2, 2020
Sumber: KKM
YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India
Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.
Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.
Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.