208 Kes Baharu Covid-19, Jumlah Keseluruhan Mencecah Lebih 3,000 Kes

Posted on

Sebanyak 208 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 3,116 kes setakat Khamis (2 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang sedang berlangsung kini.

Draipada jumlah tersebut, 105 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Api dan 54 kes daripanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya

YouTube Mula Menghadkan Penstriman Pada Resolusi 480p Sahaja Di India

Minggu lalu YouTube mula menetapkan skrin lalai mereka ke resolusi 480p ke seluruh dunia bagi mengurangkan beban rangkaian Internet dunia akibat wabak Covid-19. Tetapi di India langkah yang lebih drastik mula dilakukan YouTube dengan hanya membenarkan penstriman pada resolusi maksimum 480P sahaja.

Menurut laporan XDA, pengguna di beberapa kawasan di India hanya dibenarkan menstrim pada resolusi maksimum 480p sahaja apabila menggunakan aplikasi Android. Tiada pilihan untuk resolusi lebih tinggi tetapi mereka boleh mengurangkan kualiti ke 360p. 240p dan 144p sekiranya perlu. Pada waktu ini YouTube hanya mengenakan had resolusi ini pada aplikasi telefon pintar tetapi tidak pada desktop.

Dengan semakin banyak negara menggunakan perintah kekangan pergerakan dan perintah berkurung, mungkin had penstriman seperti di India ini akan dikembangkan ke peringkat global kelak.

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.