Sultan Kelantan berkenan potong emolumen enam bulan

Posted on

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengembalikan Emolumen Diraja kepada Perbendaharaan Negeri selama enam bulan bermula April ini.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Shafirman Nik Hassan berkata, langkah tersebut selari dengan pendekatan diambil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengembalikan semula bayaran tersebut mulai Mac hingga Ogos depan.

“Baginda berharap emolumen Diraja yang dikembalikan itu dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan negara dengan mematuhi PKP.

Katanya, langkah itu tepat dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Sultan Muhammad V turut berharap rakyat dapat bersabar dan melihat PKP dalam konteks positif iaitu meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat.

“Baginda sempat berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Nik Shafirman berkata, Sultan Kelantan turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dan barisan hadapan negara kerana memberikan khidmat terbaik kepada negara.

Katanya, baginda turut mengajak rakyat untuk berdoa ke hadrat ALLAH SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan serta kekuatan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Untuk makluman, Tuanku turut menghulurkan sumbangan alatan perubatan kepada hospital yang merawat pesakit Covid-19 di Kelantan.

“Antara peralatan berkenaan ialah peralatan perlindungan diri, 3M Goggles, pelindung muka, termometer dan peralatan kecil unit rawatan rapi (ICU),” katanya.

Join Telegram

Apple Dilaporkan Ingin Menghentikan Jualan Produk Beats

Beats Electronics diambil alih oleh Apple pada tahun 2014 pada harga $3 bilion. Jenama ini mempunyai reputasi sebagai peralatan audio yang digunakan oleh golongan selebriti dan kerap dilihat di dalam video muzik. Fon kepalanya pernah menjadi simbol status seperti AirPods beberapa tahun yang lalu. Tetapi kini kedengaran ura-ura Apple akan menghentikan jualan aksesori audio Beats.

Menurut Jon Prosser seorang penganalisa teknologi, Apple akan melancarkan sepasang fon kepala ketika WWDC dan AirPods X pada bulan September hadapan. Ura-ura mengenai fon kepala berjenama Apple telah didengari sejak 2018. Fon kepala ini akan bersaing dalam kelas yang sama seperti Bose 700 manakala AirPods X adalah pengganti kepada Beats X yang menyasarkan pengguna yang gemar bersukan,

Selepas kedua-dia aksesori audio Apple ini dilancarkan, pengeluaran aksesori audio Beats akan dihentikan. Malahan tambah beliau lagi produk Beats kini mula ditawarkan pada potongan harga 40% untuk mengurangkan inventori sedia ada.

Sejak diambil alih oleh Apple, imej Beats sebagai pengeluar aksesori audio yang berstatus tinggi tidak lagi seperti dahulu. Artis dan ahli sukan yang dahulunya menggunakan fon kepala Beats kini menggunakan AirPods yang dilihat lebih premium. Sekiranya produk Beats dihentikan jualannya, Apple dengan mudah boleh menumpukan perhatian kepada memasarkan produk audio yang menggunakan jenama mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.