Video ‘asyik’ pelakon Lara Aishah, Fasha Sandha mendapat lebih 350,000 tontonan beberapa hari lalu di laman media sosial, sekali lagi dia dihujani dengan perbalahan netizen dalam ruangan Instagram.
Video yang memaparkan Fasha begitu ‘asyik’ bergelek sambil menyanyi bersama kedua-dua cahaya matanya menjadi tular baru-baru ini sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Fasha berkata, dia tidak berasa terganggu berikutan komen negatif tersebut kerana Instagram adalah satu platform peribadi untuk dia berkongsi banyak perkara.
“Kalau dulu pernah ada akaun Facebook We Hate Fasha Sandha tapi sekarang ke manakah akaun itu?
“Bagi saya haters yang banyak menulis mengenai kita sebenarnya peminat, cuma mereka keliru,” ujar ibu tunggal ini.
Fasha memberitahu bahawa kini dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Syurga Kedua bersama Siti Elizad dan Zarul Umbrella.
Sumber : MYNEWSHUB.CC