Dari 116kg Ke 66kg Hingga Imej Pun Bertukar, Lelaki Kongsi Tips Turun Berat Badan

Posted on

Semua orang inginkan tubuh badan yang sihat. Dengan kesihatan yang baik, kita boleh lakukan apa sahaja dengan lebih mudah, baik bekerja ataupun ibadah.

Untuk menjadi sihat, salah satu ciri penting perlu kita miliki ialah berat badan yang ideal. Hal ini kerana berat badan berlebihan boleh menjurus kepada permasalahan lain seperti diabetes dan penyakit jantung.

Justeru, antara langkah awal ke arah hidup lebih sihat adalah dengan mendapatkan berat badan yang sesuai.

Justeru, tanpa membuang masa, mari kita ikuti tips turunkan berat badan oleh saudara Faiz Saumi yang berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 50kg (116kg ke 66kg) dalam masa setahun. Jom baca.

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (Mei 2019 – Mei 2020)

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/jambu batu/yogurt greek.

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil-sambil buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

3) Jam 1.00-2.00 petang, makan tengah hari. Wajib makan tengah hari ye! Jangan sesekali skip! Makan tengah hari yang biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur-sayuran pastikan yang tidak bergoreng)

4) Jam 3.00-4.00 petang buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang

5) Jam 5.30-6.30 petang ambil masa untuk senaman atau buat kardio sekurangnya 30 minit! Saya selalu akan joging atau hiking.

6) Jam 7.00-7.30 malam, makan malam. Saya elakkan nasi untuk waktu malam. Tapi saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naik kan otot hasil penat dari senaman. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur-sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur-sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, salad dan tomato.

7) Jam 9.00-9.30 malam selepas Isyak, saya akan buat teh hijau panas tanpa gula.

8) Tips lain-lain, jangan sesekali ambil minuman yang bergula, banyakkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat kajian, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua.

Pssst: Cuma bulan puasa je tak boleh nak kawal makan sebab makanan yang dijual semua mengiurkan.

Turunkan berat badan ialah permainan minda. Tukar dan jangan berputus asa dengan minda anda. Percayalah.

Moga tips turunkan berat badan ini berguna untuk anda. Apa yang penting, jangan berputus asa capai berat badan impian anda. Semoga berjaya!

Sumber: Faiz Saumi, My Health

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.