Dalam kemeriahan umat Islam menyambut satu Syawal ada juga dikalangan kita yang menyambut hari raya dalam kesedihan
MEMBAKUT: Jeritan isteri dan anak-anak dalam api yang marak sebelum beransur-ansur menghilang menjadi kisah 1 Syawal paling memilukan buat Othman Ali, 64.
“Saya terbangun apabila terdengar suara isteri dan anak menjerit meminta kami keluar menyelamatkan diri kerana rumah terbakar.
“Saya cuba membantu tetapi gagal kerana api marak sebelum suara mereka tidak lagi kedengaran,” katanya.
Isterinya, Aishah Awang Jumat, 58, terk0rban selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Binsuluk, di sini, awal pagi tadi.
Turut maut 4 anak
Turut mavt, empat anak pasangan itu, Dzulkarnain, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.
Seorang lagi anak dan menantu berusia 29 dan 25 tahun melecur di kaki dan dirawat di Hospital Beaufort.
Othman dan seorang lagi anak lelakinya berusia 31 tahun selamat.
Menceritakan kejadian itu, Othman berada di bilik di tingkat bawah yang dijadikan pejabat manakala isterinya menyiapkan juadah untuk menyambut hari raya.
“Saya terlelap ketika berada di bilik pejabat sebelum terjaga apabila mendengar jeritan isteri dan anak meminta kami menyelamatkan diri.
“Saya bangun dan cuba menyelamatkan mereka kerana masih dapat mendengar suara isteri dan anak.
“Ketika cuba membuka bilik, suara isteri dan anak sudah tidak kedengaran. Saya cuba memadamkan api namun kebakaran terus marak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Isteri isteri bersungguh masak juadah raya
Sejak beberapa hari lalu, katanya, isterinya bersungguh-sungguh memasak untuk juadah keluarga yang bakal datang sempena Aidilfitri.
“Saya menyedari isteri amat mengambil berat perihal saya dan anak-anak sejak beberapa hari lalu.
“Rupa-rupanya itu petanda kisah sedih kami di pagi 1 Syawal.
“Berat dugaan ini, namun ini ujian Allah dan saya terima qada dan qadar,” katanya.
Sementara itu, adik Aishah, Matsetia Awang Jumat, 40, menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh beberapa jiran yang memberitahu rumah kakaknya terbakar.
“Saya dan keluarga bergegas ke lokasi kejadian namun ketika kami sampai, rumahnya sudah musnah dan mendapat tahu kakak bersama empat anaknya terk0rban.
“Saya dan adik-beradik lain sepatutnya menziarahi rumah kakak pagi ini untuk beraya kerana sudah dua bulan tidak bertemu,” katanya.
Ibu, 4 anak rentvng di pagi Syawal
TERDAHULU, seorang wanita bersama empat anak lelakinya rentung dalam kebak4ran di Kampung Binsuluk di sini, awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Aishah Jumat, 58 dan empat anak lelakinya iaitu Dzulkarnain Othman, 34; Dzulnisham, 27; Rozaini, 26; dan Rosdi, 24.
Dalam kejadian itu juga, dua lagi anak mangsa masing-masing berusia 29 dan 25 tahun melecur serta dirawat di Hospital Beaufort.
Suaminya, Othman Ali, 64, bersama seorang lagi anak mereka berusia 31 tahun selamat.
Kenyataan dari bomba
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.54 pagi.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu dihantar ke lokasi kebak4ran.
“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya.
“Pasukan bomba berjaya menyekat dan mengawal kebakaran pada jam 5.50 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pemeriksaan menemui lima mangsa rentung dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Dua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber: Berita Harian