Menderita Kepala Bengkak

8 Bulan Menderita Kepala Bengkak Terhantuk Kerusi, Adik Iman Meninggal Dunia

Posted on

Penderitaan Adik Muhammad Iman Al-Khausar yang terhantuk kerusi dan mengalami bengkak yang semakin membesar selama kira-kira lapan bulan akhirnya tamat.

Menurut kemaskini ibunya, Puan Nursasabila Kamarulzaman, anak syurga ini menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam.

Selepas tiga tahun, anak syurga pulang pada penciptanya..

Kesihatan Iman mula merudum sejak ditimpa kemalangan kecil iaitu terhantuk di kerusi. Dipercayai terkena pada pembuluh darah, Iman mengalami demam dan disahkan mempunyai jangkitan kuman dalam darah. Hasil ujian CT scan ke atas anak syurga ini mendapati terdapat ketumbuhan pada bahagian belakang bola matanya.

Iman disahkan mengalami kanser neuroblastoma dan perlu mendapat rawatan berkala di hospital.

Namun, hari demi hari, kesakitan Iman semakin bertambah. Bengkak pada kepalanya kian membesar. Ubat-ubatan doktor juga tidak lagi berkesan untuk menghilangkan sakitnya. Kata ibunya, Iman sering mengadu sakit-sakit pada bahagian kaki dan tangannya. Setelah tujuh hari dimasukkan ke wad minggu lalu, akhirnya doktor memutuskan tiada lagi rawatan buat anak syurga ini.

Setelah berbulan-bulan bertarung nyawa, anak syurga ini akhirnya meninggal dunia. Semoga Allah memberi kemudahan buat keluarga Iman menghadapi dugaan berat ini.

Sumber: Nursasabila Kamarulzaman

Join Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.