Menghias dinding menggunakan bingkai gambar atau kertas dinding bercorak itu mungkin agak biasa dan klise.
Apatah lagi bahan-bahan tersebut menggunakan kos yang agak tinggi melebihi RM100 misalnya.
Tapi bagi wanita bernama Raden Eyranie ini, dinding rumah jika dihias menggunakan bahan murah dan ringkas pun tetap boleh jadi cantik.
Percaya tak, gambar dinding yang dihias di bawah ini, kosnya tidak lebih RM80 pun.
Jom baca perkongsian di bawah.
Saya share kat sini. Kot-kot ada yang nak try buat.
Asalnya nak cari Iron Wall tapi takda jumpa lagi yang mampu milik.
So boleh la try yang ni.
Barang-barang:
- Tangkai daun beli kat KAISON + frame beli kat MR DIY size A4
- Spray guna warna silver & gold untuk bagi 2 tone color (beli kat MR DIY)
- Glue Gun
- Cable tie
Daun tiruan boleh dibeli di Shopee dan LAZADA.
Total kos dalam RM80.
Benda ni senang nak gantung sebab ringan sangat-sangat.
Kami gantung guna hook biasa je. Tapi nak bagi sekata, hook tu spray kan sekali dengan warna gold.
Kredit to my husband YusRafie Hussein
Selepas siap dicat, bunga ini digantung di dinding hanya menggunakan hook sahaja.
Tidak perlu risau tentang berat, sebab bunga ini katanya amat ringan.
InsyaAllah boleh tahan.
Sumber: Raden Eryanie via Kelab Deko Sebelum & Selepas