Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini

Posted on

Bagi memudahkan urusan orang ramai dalam mengisi informasi berkaitan pengeposan, POS Malaysia hari ini mengumumkan perkhidmatan e-Nota Konsainan.

Bakal dimulakan pada 17 Ogos ini, isian maklumat boleh dibuat secara dalam talian yang tersedia melalui aplikasi mudah alih POS Malaysia. Menurut POS Malaysia, pelanggan “walk-in” boleh mencetak sendiri nota konsainan tersebut di cawangan Pos Laju atau kiosk.

Dengan adanya perkhidmatan ini, tiada lagi keperluan untuk pengguna mengisi maklumat secara manual selain memudahkan penjejakan dan pengesanan barang yang hendak dipos.

Aplikasi POS Malaysia ditawarkan untuk kedua-dua platform telefon pintar Android serta iOS dan muat turut boleh dibuat melalui imbasan kod QR dibawah atau terus sahaja ke pautan ini (Google Play Store dan App Store).

Sekali lagi diingatkan bahawa perkhidmatan e-Nota Konsainan hanya akan dimulakan pada 17 Ogos depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.