Setiap premis perniagaan wajib menggunakan aplikasi MySejahtera namun tambahan aplikasi lain juga dibenarkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa peguam negara akan mewartakan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera ini.
“Setiap outlet/premis perniagaan dan sebagainya mesti menggunakan apps MySejahtera. Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan juga untuk tambahan ada apps lain sebagai contoh di Selangor dia ada SELangkah, tetapi apps MySejahtera wajib ada,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa pengecualian hanya akan dibenarkan di kawasan luar bandar atau bandar kecil yang tidak mempunyai akses internet. Justeru, isian butir peribadi secara manual dibenarkan.
PKPP: Setiap premis wajib guna aplikasi MySejahtera, tambahan aplikasi lain dibenarkan - Ismail Sabri pic.twitter.com/tFsnxe3C1v
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 3, 2020
Sumber: Bernama
Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan
Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.
Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.
Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.
Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.