Tragedi Beirut: Wajah Sugul Penduduk Pulang Ke Rumah Melihat Kemusnahan Tempat Tinggal

Posted on

Letupan kuat yang mengegarkan ibu negara Lubnan, Beirut pada 4 Ogos lalu menjadi perhatian di seluruh dunia. Ianya lebih meruntun jiwa apabila tragedi itu ditengah-tengah kekalutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara berkenaan.

Susulan daripada letupan yang berlaku, baru-baru ini para penduduk memuat naik gambar-gambar rumah dan pejabat mereka yang musnah akibat kejadian tersebut. Dalam masa sama, ada juga yang telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan lagi masih dirawat di hospital.

Bukan rumah sahaja yang musnah malah ada beberapa penduduk memuat naik gambar pejabat mereka yang turut musnah teruk.

Rata-rata pengguna laman sosial turut sebak dan sedih dengan apa yang berlaku kepada penduduk di Beirut.

Menurut laporan awal, kejadian dikatakan berpunca daripada 2, 750 tan baja ammonia nitrat yang telah disimpan bertahun-tahun didalam sebuah gudang di kawasan pelabuhan di negara itu.

Sehingga hari ini, jumlah kematian telah meningkat kepada 130 orang dan mangsa cedera terus meningkat kepada ribuan orang.

Sumber: India Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.