Adik Adawiyah

Doakan Adik Adawiyah, Terpaksa Buang Mata Kiri Kerana Kanser

Posted on

USIANYA baharu mencecah setahun lapan bulan, namun dugaan yang ditanggung anak kecil ini cukup berat.

Adik Nur Aqilah Adawiyah dikesan menghadapi ketumbuhan pada mata kiri sehingga terpaksa dibuang berikutan risiko merebak kepada organ lain.

Tular kisah adik comel ini yang sebelum ini mengharapkan bantuan orang ramai untuk meringankan beban kos rawatan pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Bapanya, Muhammad Shazuli Zaini, 31, ketika dihubungi SinarPlus menarik nafas lega apabila anak keduanya itu selamat menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

“Sekarang ini matanya masih dijahit. Mungkin dalam tempoh dua minggu lagi doktor akan letak ‘mata batu’ buat sementara waktu.

“Saya mohon doa orang ramai supaya dapat mendoakan Adawiyah cepat sembuh dan kembali aktif,” ujarnya yang bekerja sebagai penyelia pembersihan di Shah Alam, Selangor.

Berkongsi mengenai kutipan dana sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu terpaksa meminjam duit dengan adik-beradik bagi menampung kos pembed4han yang perlu disegerakan sebelum permohonan bantuan kewangan dengan agensi berkaitan.

“Sebenarnya, kami tidak tahu sinar pada mata hitamnya itu adalah kanser. Adawiyah pun tidak tunjuk sebarang kelainan. Bila periksa mata dengan doktor pakar, barulah kami tahu.

“Bila doktor cakap agak terlewat kerana mata kirinya sudah terjejas dan terpaksa dibuang, kami reda dengan ketentuan takdir,” katanya penuh sebak.

Namun begitu, jauh di sudut hati Muhammad Shazuli mendoakan anaknya terus sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain meskipun hanya bergantung kepada satu mata sahaja.

“Bapa manalah nak yang buruk-buruk untuk anak sendiri, kan? Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan Adawiyah bahagia dan sayangi dirinya.

“Kekurangan yang ada bukan halangan untuknya berjaya dan doa kami akan mengiringinya sehingga berjaya nanti…insya-ALLAH,” tuturnya penuh harapan.

Apapun, panjatkan doa yang baik-baik untuk adik Adawiyah ini supaya cepat sembuh dan cute selalu.

Sumber: Sinar Harian Plus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Join Telegram

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru.

Salah satu sebabnya dikatakan adalah untuk mengurangkan kos, apatah lagi dengan pengecas yang kini telah dipunyai oleh ramai pengguna seluruh dunia, selepas lebih 10 tahun telefon pintar diperkenalkan.

Pengurangan kos ini dijangka akan menyelarikan peningkatan kos untuk telefon pintar 5G yang masih membawakan tanda harga yang tinggi.

Buat masa ini, Samsung dikatakan masih mempertimbangkan perkara ini, dan sekiranya ya, maka beberapa model yang akan dipasarkan pada tahun 2021 kelak, mungkin tidak menyertakan pengecas bersama dengannya dalam kotak jualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.