Ini 3 Faktor Proses Pemulihan Semula Bekalan Air & Air Selangor Ucap Terima Kasih Atas Kesabaran Pengguna

Posted on

Seperti semua sedia maklum bermula pada hari Khamis lepas, beberapa kawasan di negeri Selangor mengalami gangguan bekalan air selepas berlaku pencemaran air di Sungai Gong.

Antara wilayah yang terlibat adalah Klang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Namun, beberapa jam yang lepas Air Selangor mengumumkan bahawa empat loji rawatan air sudah mul beroperasi semula dan pengguna sudah mula menerima bekalan air semula secara berperingkat.

Berdasarkan ciapan terbaharu di Twitter Air Selangor memaklumkan tiga faktor proses pemulihan semula bekalan air iaitu Tekanan Air, Faktor Muka Bumi dan Jajaran Paip.

Air Selangor juga mengucapkan terima kasih di atas kesabaran dan sokongan pengguna dalam memastikan proses pemulihan semula bekalan air berjalan lancar.

Sumber: Air Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.