Anak Ini Didapati Bersalah Bunuh Sebelum Rebus Badan Ibu Bapanya Dalam Periuk Besar

Posted on

Kisah paling mengerikan, apabila seorang anak tergamak mengerat dan merebus mayat kedua ibu bapanya sendiri hanya kerana mereka enggan menyara kehidupannya lagi.

Lelaki yang berusia 32 tahun itu tinggal bersama ibu bapa kandungnya bertindak sedemikian kerana ibu bapanya tidak ingin membuat tuntutan wang pampasan insuran yang berjumlah RM 2,075,750.

Tertuduh telah dibicarakan di mahkamah didakwa telah merancang pembunuhan kedua orang tuanya secara terperinci menerusi satu pucuk nota bukti yang dijumpai oleh pihak polis di kediamannya.

Dalam surat berasingan, lelaki ini menyenaraikan secara terperinci aset yang dimiliki kedua ibu bapanya termasuklah wang polisi insuran nyawa yang kononnya bakal diterima oleh lelaki ini setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Pihak pendakwa raya memberitahu, lelaki terbabit menikam bapanya sebanyak 40 kali ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar membeli barangan. Apabila ibunya pulang, dia menikam ibunya sebanyak 30 kali tanpa ada rasa belas kasihan.

Menurut Dailymail, kesan lebam pada gambar yang diambil di tempat kejadian menunjukkan mangsa turut dipukul beberapa kali sebelum dikerat.

Lelaki ini juga dikatakan sanggup merebus bahagian badan ibu bapanya di dapur dengan menggunakan periuk besar. Selain itu, pelaku juga merendam cebisan mayat mereka di dalam asid.

Lelaki terbabit didapati bersalah atas tiga tuduhan melakukan pembunuhan dengan niat di Mahkamah Tennessee. Hakim bagaimanapun memutuskan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup secara automatik setelah didapati bersalah.

Sumber: Dailymail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.