Tidak dapat pulang ke Malaysia, ribuan pekerja dari Bangladesh yang pulang ke kampung halaman dan terkandas kerana pandemik COVID-19 melakukan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Luar Negeri semalam bagi memohon untuk segera kembali ke negara ini, lapor New Age.
Mereka mengatakan bahawa visa sebahagian besar pekerja migran telah tamat tempoh dan menyebabkan mereka tidak dapat kembali tepat pada waktunya.
Memetik laporan New Age, mereka juga mengatakan bahawa terdapat lebih dari 25, 000 pekerja warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia yang terkandas di negara asal kerana COVID-19.
Setiausaha Luar Negeri, Masud Bin Momen menyakinkan para penunjuk perasaan bahawa pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Salah seorang penunjuk perasaan mengatakan bahawa dia pulang ke Bangladesh pada 28 Januari dan dijadualkan kembali ke Malaysia pada 6 Mei namun tidak dapat melakukannya kerana penularan pandemik COVID-19.
Para pekerja migran itu juga memohon bantuan dari kerajaan untuk meringankan masalah kewangan kerana mereka telah menganggur selama lebih dari tujuh bulan.
Sumber: New Age
Huawei Watch Fit Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM499
Huawei kini agak aktif dalam pengenalan peranti-peranti dibawah ekosistem mereka. Selepas mengumumkan sebuah tablet baru semalam, hari ini Huawei Malaysia turut mengumumkan pengenalan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Watch Fit.
Huawei Watch Fit hadir dengan rekaan muka jam empat segi, selain ditujukan untuk mereka dengan gaya hidup aktif.
Huawei mengatakan Watch Fit menyertakan lebih 96 mod bersenam berbeza, dilengkapi skrin AMOLED HD, serta ketahanan bateri sehingga 10 hari lamanya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan jam tangan pintar terbaru ini bermula 9 September 2020 pada harga RM499 sebuah.