Semalam selesai sudah pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang perama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.
Berikutan ramai yang terjejas pendapat susulan penularan COVID-19, antara inisiatif Belanjawan 2021 yang menjadi perhatian ramai adalah mengenai pengeluaran simpanan daripada Akaun 1 KWSP.
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian sepanjang pembentangan itu adalah jam tangan G-SHOCK yang disarung oleh Tengku Zafrul.
Berdasarkan perkongsian netizen, ketika membentangkan Belanjawan 2021 semalam, Tengku Zafrul menyarung model G-SHOCK GA-900-2ADR.
Jam G-SHOCK Tengku Zafrul
Difahamkan, jam tangan boleh didapati pada harga RM495 di . Namun dek kerana ianya dipakai oleh Tengku Zafrul, harga jam tersebut naik mendadak apabila ada yang menjual kembali dengan harga RM1,200. Biar betul??
Namun, jika anda tercari-cari jam tersebut, masih sempat lagi untuk membelinya sebelum ianya disambar oleh reseller diluar sana dan menjualnya pada harga lebih tinggi.