Hari ini bandar Utqiagvik, Alaska akan mengucapkan selamat tinggal kepada cahaya matahari kerana dijangka tidak akan menyinar selama 66 hari di bandar tersebut.
Berdasarkan penilaian kaji cuaca di Alaska, kejadian kegelapan ini akan bermula hari ini hingga hujung Januari nanti. Beginilah keadaannya semasa terbenamnya matahari.
Kejadian matahari terbenam ini bermula pada 1.30 tengah hari (waktu Alaska). Matahari tidak akan terbit selama 66 hari lagi, kejadian ini dinamakan sebagai ‘polar night’. Mengikut kajian ia akan menyinari semula pada 23 Januari 2021.
Polar night ini akan menyebabkan bandar tersebut berada musim sejuk dalam kegelapan.
Gambar di atas menunjukkan satelit yang dilihat pada 18 November 2020 di seluruh wilayah Lautan Pasifik. Sekiranya anda melihat dengan lebih dekat lagi, pada bahagian utara, anda akan melihat bentuk Alaska dan ianya kelihatan 90 peratus lebih gelap berbanding yang lain.
Hal ini kerana di situ tidak mendapat cahaya matahari kerana Hemisfera di sebelah utara miring dari matahari. Oleh itu, selamat malam warga penduduk di Utqiagvik sehingga tahun hadapan. Sebaliknya Alaska Utara akan mengalami cahaya siang berpanjangan pada musim Summer Solstice iaitu matahari tidak akan terbenama sehinga berminggu-minggu.
Sumber: Weathernation