Sebelum ini, rakyat Malaysia melancarkan kempen mengibarkan bendera putih sebagai satu inisiatif dalam membantu mana-mana individu yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bendera putih yang dikibarkan di hadapan rumah secara tidak langsung memberikan ‘signal’ seseorang itu memerlukan bantuan daripada orang ramai.
Namun begitu, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat rakyat tidak wajar mengangkat bendera putih, sebaliknya mereka perlu mengangkat tangan berdoa kepada tuhan.
‘Ramai marah’
Ujarnya ramai individu yang marah berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini, dan meminta beliau untuk tampil memohon maaf. Bagaimanapun, pendapat Nik Mohamad Abduh berhubung penggunaan bendera putih masih tidak berubah, walaupun ianya bertentangan dengan pandangan ramai.
Pandangan ramai adalah satu pandangan yang diterima ramai. Pandangan kedua adalah pilihan saya. Tulisan saya sentiasa tegar untuk mengajak rakyat Malaysia berfikir secara dalam dan teliti. Ia demi kesejahteraan negara. Seruan saya, lawan Covid-19 dengan kesatuan, doa dan usaha yang berterusan. Atau mudahnya, lawan Covid-19 dengan cara anjuran agama. Cadangan kekal cadangan. Ia bukan menjadi kebenaran hanya kerana viral. Siapa pun berhak menolak cadangan. Yang ditegah adalah menolak kebenaran.
Pada masa yang sama, beliau juga menjelaskan apa yang dicadangkan olehnya adalah demi kebaikan negara dan sesiapa pun berhak menolak cadangannya sebelum ini.
Viral bukan panji kebenaran. Sebahagiannya kebaikan dan bagus sekali. Dan saya sentiasa yakin, sebahagian besarnya adalah hasutan dan tipu daya iblis. Ia mendorong kenistaan, kebencian dan perlecehan terhadap sesama insan. Janganlah ketika Allah menurunkan bencana Covid-19, Allah mengangkat akhlak, adab dan susila daripada kita semua.
Status penuh
Sumber: Nik Mohamad Abduh