Tukar kad bank online
maybank

Tukar Kad Bank Maybank Secara Online,Terus Sampai Depan Rumah

Posted on

Tukar Kad Bank Maybank Secara Online,Terus Sampai Depan Rumah| Bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidak boleh menunaikan sebarang transaksi?Ataupun kad anda dah rosak sehingga cip tak boleh dibaca?

Nak pergi bank, rasa malas kerana urusan akan dijangka memakan masa yang lama berikutan musim Covid-19. Di mana anda perlu beratur dan buat temujanji. Tambah-tambah tarikh temujanji selalu penuh. Bahkan yang dah buat temujanji ada yang terpaksa berjam-jam beratur di luar.

Jadi sekarang anda tak perlu risau lagi untuk pertukaran kad Maybank. Hal ini kerana kad Maybank boleh ditukar melalui atas talian. Anda hanya menunggu kad baru anda dihantar ke rumah anda oleh Maybank.

Dan rupanya ini cara tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!

Cara Tukar Kad Bank Online

Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, anda boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.

1. Log masuk Maybank2U

maybaknk2u
login maybank2u

BACA: Bantuan Kerajaan : Bayaran BPR Tambahan dan BKC Fasa 2,Fasa 3

2. Pergi ke “Settings”

Tukar kad bank online
Masuk ke Setting M2U

3. Tekan “Cards”

Tukar kad bank online
Cards M2U

4. Pilih Debit Cards dan pergi kepada Replace, Activate & Block

Tukar kad bank online
Maybank2u

5. Tekan titik tiga seperti dalam bulat di gambar

edit maybank
maybank2u

6. Kemudian pilih Replace Card

tukar
maybank2u

7. Seterusnya sila Isi alamat anda untuk penghantaran Card, poskod alamat berserta negeri anda. Click di T&C untuk setuju dan tekan Replace Card.

Tukar kad bank online
maybank2u

8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Tukar kad bank online
m2u

Kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh permohonan.

CAJ PERKHIDMATAN

Sama seperti di cawangan bank, pertukaran kad baharu ini akan dicaj sebanyak RM12.00 dan ia akan ditolak dari baki akaun Semasa atau Simpanan anda.

APA PERLU BUAT BILA KAD DAH SAMPAI?

Bila kad baharu sudah sampai, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut melalui dua saluran iaitu sama ada di ATM Maybank atau secara dalam talian.

Bagi anda yang ingin mengaktifkannya di mesin ATM, ikuti langkah di bawah ini.

CARA AKTIFKAN KAD BARU DI ATM

maybank
maybank

1.Masukkan kad

2.Pilih bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4.Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6.Tekan skrin berikutnya

7.Tekan pada Pengaktifan Kad

CARA AKTIFKAN KAD BARU DI MAYBANK2U

1.Log masuk laman web Maybank2U

2.Klik Settings

3.Klik Cards

4.Klik Manage Debit Cards

5.Klik Activate

Kad debit baharu ini perlu diaktifkan dalam tempoh 90 hari selepas diterima. Jika gagal, anda perlu membuat permohonan kad baharu semula dan caj pertukaran RM 12 akan dikenakan.

Berkenaan dengan PIN pula, anda masih lagi boleh menggunakan PIN yang sedia ada dan tidak perlu tetapkan yang baharu. Bagaimanapun, jika ingin mengubah PIN, anda boleh melakukannya di ATM Maybank.

So, senangkan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.