Bayaran BPR Tambahan dan BKC

Bantuan Kerajaan : Bayaran BPR Tambahan dan BKC Fasa 2,Fasa 3

Posted on

Bayaran BPR BKC Tambahan | Seperti yang diketahui umum, kerajaan akan memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Bagi mereka yang telah lulus rayuan, pembayaran bermula sejak 28 September lagi bagi bank BSN, manakala untuk bank-bank lain akan bermula pada 4 Oktober 2021.

Untuk makluman anda, Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membatu mereka yang terjejas akibat pelaksaan PKP 3.0.

Melalui PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang ditumpukan iaitu:

1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Dan di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.

BACA: Boleh keluarkan i-Citra sehingga RM10,000?

Bayaran BPR BKC Tambahan

Jumlah Bayaran BPR Tambahan dan BKC 2021

Berikut adalah jumlah bayaran tambahan yang telah diumumkan

Isi Rumah Bawah RM2,500 – RM500
Isi Rumah Bawah RM5,000 – RM300
Bujang – RM100
Untuk makluman anda, bayaran ini merupakan tambahan sebanyak RM2.4 Bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September lalu.

Tarikh Pembayaran

Bayaran mengikut amaun setiap kategori telah dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021.

Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang ketika ini masih berlangsung.

Tarikh Bayaran Bagi Penerima Yang Lulus Rayuan BPR

Bagi penerima yang lulus rayuan BPR, bayaran akan dibuat bermula 28 September 2021 bagi yang mempunyai akaun bank BSN dan 4 Oktober 2021 bagi bank-bank yang lain.

Bagi penerima yang lulus rayuan namun gagal kredit, penunaian secara tunai juga akan bermula pada 4 Oktober ini.

Cara Membuat Semakan BPR

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran:

Log masuk ke laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
Tekan butang “Semak Status”
Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan

Bayaran BPR BKC Tambahan

Bayaran BPR BKC Tambahan

Status Gagal Kredit / Pembayaran Tunai BPR Di BSN

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai boleh dituntut di BSN dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter.

Jika melalui wakil, hanya wakil yang didaftarkan sahaja boleh mewakilkan penerima bagi penunaian ini.

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan BPR anda boleh melayari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/

Atau

Menghubungi LHDN di talian 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 Pagi – 5:00 Petang)

Menghubungi MoF di talian 03-8882 4565 (Waktu Operasi: 9:00 Pagi – 5:00 Petang)

BAYARAN BANTUAN KHAS COVID (BKC) FASA 2 DAN FASA 3

Bagi Bantuan Khas Covid pula, sebagaimana jadual bayaran yang ditetapkan kerajaan; bayaran Fasa 2 dijangka akan diagihkan pada November dan Disember sebagaimana jadual di bawah

Bayaran BPR BKC Tambahan

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 telah mula disalurkan pada 6 September 2021 yang lalu.

Pembayaran BKC akan dibuat dalam 3 fasa, namun tidak semua kategori penerima akan menerima bayaran dalam kesemua fasa ini.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan diterima bagi BKC Fasa 2, tarikh bayaran serta kategori penerima yang layak.

Jumlah Bantuan BKC Fasa 2

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

1. Miskin tegar
2. Kategori B40
3. Kategori M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:

i. Isi Rumah kategori Miskin Tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan September (Fasa 1), RM500 pada bulan November (Fasa 2), dan RM300 pada bulan Disember (Fasa 3).
ii. Individu Bujang kategori Miskin Tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
iii. Isi Rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos (Fasa 1) dan RM300 pada bulan November (Fasa 2).
iv. Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan September (Fasa 1).
v. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan September (Fasa 1).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.