Cara Semak dan Pembayaran Bil Air Kelantan Sdn Bhd| Masih punya masalah untuk buat semakan dan pembayaran bil air Kelantan? Di sini kami sediakan beberapa cara untuk menyemak atau membuat pembayaran bil air Kelantan kepada Air Kelantan Sdn Bhd. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat semakan atau pembayaran di masa depan kelak khusus nya kepada orang Kelantan atau pengguna Air Kelantan.
Jika sebelum ini hanya dapat membuat semakan di bil fizikal yang diserahkan kepada anda oleh staff AKSB pada tiap-tiap awal bulan. Namun bagaimana pula jika bil tersebut hilang ataupun terlupa membawa bil ketika membuat bayaran? Sekarang anda tak perlu bimbang kerana semakan sudah boleh dibuat di hujung jari anda sahaja.
Semak dan Bayar BIL AIR KELANTAN
Berikut kami sertakan kaedah terperinci yang mudah untuk anda semua membuat semakan dengan lebih pantas dan efisien (berkesan); cepat dan pantas.
Untuk membuat semakan, anda hanya perlu memasukkan NOMBOR AKAUN bagi Bil AKSB anda. No Akaun tersebut boleh didapati di kertas BIL AKSB anda sebagaimana rajah berikut.
BACA: Cara Permohonan Perkhidmatan Bekalan Air
Kemudian, anda perlu klik Semakan Bil Air Kelantan dan kemudian masukkan No Akaun. Kemudian akan keluarlah details bil air anda.
Untuk cara pembayaran pula terdapat beberapa kaedah antaranya melalui Shopee, JomPay, Lazada dan Touch n Go eWallet. Di sini kami kongsikansecara terperinci pembayaran melalui Shopee.
BACA: Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Air Secara Atas Talian (Online)
PEMBAYARAN MELALUI SHOPEE
1. Pertama, anda perlu Log Masuk akaun Shopee Anda.
2. Kemudian tekan “Tiket,Tambah Nilai & Bil”
3. Tekan di ” Air & Pembentungan” atau “Water & Sewerage”
4. Pilih “Air Kelantan”
5. Masukkan “No Akaun” dan “Jumlah” yang hendak dibayar.Namun sebelum itu, pastikan no akaun bil air anda dan jumlah amaun bayaran adalah tepat.
6. Tekan “Checkout”
7. Kemudian pilih “Kaedah Pembayaran”. Disini anda boleh memilih kaedah pembayaran sama ada melalui Kad Kredit, Kad Debit, Bayaran Tunai di 7 Eleven, Shopeepay Wallet, ataupun Online Banking.
8. Kemudian, tekan “CONFIRM”
9. So dah selesai. Anda boleh membuat semakan status pembayaran di “My Orders”