Cara Permohonan Perkhidmatan Bekalan Air

Posted on

Borang permohonan yang perlu diisi adalah Borang Permohonan Perkhidmatan Bekalan Air, hanya perlu diisi dengan lengkap mengikut syarat-syarat permohonan bekalan air dan ditandatangani oleh pemilik.

Senarai semakan bekalan air adalah sebagaimana berikut :-

Borang permohonan yang telah lengkap diisi.
Perjanjian bekalan air.
Pengesahan permohonan.
Pelan kasar/tapak premis berkenaan.
Salinan bil air premis berdekatan.
Salinan kad pengenalan pemohon.
Surat pengesahan pemilik/kebenaran laluan tanah.(jika berkenaan)

PEMASANGAN TEE, CROSSING DAN LAIN-LAIN
PERMOHONAN UNTUK MENGERAT PAIP AIR SEDIADA
BAGI TUJUAN PEMASANGAN TEE, CROSSING DAN LAIN-LAIN
Contoh Borang Pemohon-pemohon boleh memohon untuk membuat sambungan paip ke paip utama bagi tujuan bekalan air ke taman-taman perumahan, sambungan paip air baru dan juga untuk membuat sebarang pengubahsuaian yang melibatkan paip air sediada.

Permohonan boleh dibuat melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Penyelenggaraan Syarikat Air Terengganu (percuma). Pemohon juga hendaklah mengisi semua butiran yang diperlukan dan kepilkan sesalinan pelan cadangan pengubahsuaian atau penyambungan paip yang hendak dijalankan. Borang permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Syarikat ini seminggu sebelum tarikh pengeratan hendak dilakukan.

Bahagian Penyelenggaraan akan memeriksa semua senarai barang yang dinyatakan di atas borang tersebut dan sekiranya berpuashati, satu tarikh akan ditetapkan untuk tujuan tersebut. Notis gangguan bekalan air akan diedarkan oleh Bahagian Penyelenggaraan syarikat ini seperti notis untuk disiarkan oleh radio tempatan mahupun dihantarkan terus kepada individu yang terbabit.

BILAKAH METER ANDA BOLEH DIPASANG ?

Setelah permohonan anda memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan, sijil Kelayakan Menduduki (C.F) diperolehi (di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan SAHAJA) serta menjelaskan segala bil-bil berkaitan.
Pemasangan meter air akan dibuat dalam masa tujuh(7) hari selepas segala bil-bil berkaitan dijelaskan serta syarat-syarat penyediaan tempat dan keperluan pemasangan dipatuhi sebagaimana syarat-syarat temujanji.
Apakah syarat-syarat temujanji pemasangan meter air?

1 – Lubang hendaklah digali sehingga keparas paip retikulasi.

2 – Lubang perlu digali sekurang-kurangnya 1000mm x 600mm luas.

3 – Tukang paip berlesen hendaklah menyediakan semua keperluan barang-barang paip.

BACA: Cara Membuat Semakan Dan Bayaran Bil Air Secara Atas Talian (Online)

PERTUKARAN PENGHUNI

Borang Permohonan Perkhidmatan atau Bekalan Air hendaklah dipenuhi dan ditandatangani oleh pengguna baru.

Salinan dokumen sokongan seperti surat perjanjian jual/beli, perjanjian sewa dan sebagainya.

Bil air premis berkenaan (jika ada).

Salinan kad pengenalan atau nombor pendaftaran sijil perniagaan dan cop syarikat (jika berkenaan).

PENUTUPAN AKAUN

Borang Permohonan Memotong Bekalan Air hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pengguna sedia ada.

Semua tunggakan bil air hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penutupan akaun dapat dibuka.

Resit asal cagaran hendaklah diserahkan kepada pejabat ini bagi tujuan pemulangan cagaran.

PEMOTONGAN BEKALAN AIR
MENGAPAKAH PEMOTONGAN BEKALAN AIR DILAKSANAKAN ?

Mengutip tunggakan bekalan air pengguna.

Meningkatkan efisiensi aliran tunai.

Memberi kesedaran kepada pengguna akan pentingnya menjelaskan bil dalam tempoh yang ditetapkan.

JENIS PEMOTONGAN BEKALAN AIR
Pemotongan Penguatkuasaan.Ianya dilaksanakan apabila pengguna :

Tidak membayar bil dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Mempunyai tunggakan bil air.

Mendapatkan bekalan air menyalahi peraturan-peraturan bekalan air.
Pemotongan atas Permintaan.Ianya dilaksanakan apabila pengguna memohon supaya bekalan air dipotong atas sebab-sebab seperti :

Berpindah rumah.

Premis roboh / terbakar

Disamping itu pengguna perlu menggunakan dokumen seperti berikut :
– Borang Permohonan Memotong Bekalan Air
– Resit Cagaran Asal / surat akuan pengguna

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA BEKALAN AIR YANG TELAH DIPOTONG

Menjelaskan tunggakan bil air sepenuhnya di Pejabat Syarikat Air Terengganu dan

Membayar bil-bil lain yang berkaitan (jika ada)

CARA PEMOTONGAN DILAKSANAKAN
Bekalan air akan dipotong melalui salah satu dari cara berikut :

Menyepit (clamp) injap sesekat (stop-cork).

Menyepit (clamp) injap sesekat (stop-cork).

Menutup aliran di injap kekunci bersepadu (integrated lockable valve).

Menutup bekalan di “ferrule”.

BILAKAH BEKALAN AIR ANDA BOLEH DISAMBUNG SEMULA
Sambungan semula bekalan akan dibuat dalam masa tidak melebihi tiga(3) hari bekerja selepas tunggakan dan bayaran sambungan dijelaskan.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit ilmu untuk anda tentang bekalan air. Tahukah anda cara semakan serta pembayaran bil air secara online ? Baca SINI
Jom Kongsi artikel ini !

Carian Ke Post Ini:

  • air syabas meter permohonan penghuni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.