kucing paling tua

Cecah usia 27 tahun, Guinness World Records iktiraf Flossie, kucing paling tua di dunia yang masih hidup

Posted on

Kucing paling tua di dunia yang masih hidup!! Guinness World Records telah mengumumkan pemecah rekod terbaharu kucing tertua di dunia. Kucing itu adalah Flossie, yang berasal dari London berumur 26 tahun atau bersamaan dengan jangka hayat setara manusia, 120 tahun.

Menerusi laporan stesen penyiaran CNN, Flossie dilaporkan masih sihat walaupun kurang daya penglihatan dan pekak. Pemilik Flossie, Vicki Green mengambilnya sebagai haiwan peliharaan selepas Flossie diserahkan kepada badan perlindungan kucing Britain, Cats Protection pada Ogos lalu.

“Saya tahu dari awal lagi bahawa Flossie sangat istimewa, tetapi saya tidak menyangka akan berkongsi rumah dengan pemegang rekod dunia. Flossie sangat penyayang dan suka bermain. Saya amat berbangga apabila pihak Cats Protection mempertemukan saya dengan seekor kucing yang mengagumkan,” katanya.

Sebelum ini Flossie pernah tinggal di beberapa buah rumah sejak hidup sebagai kucing jalanan di kawasan berdekatan hospital Merseyside di Liverpool, barat laut England. Flossie dilahirkan pada 1995.

Flossie telah diambil oleh seorang pekerja hospital tersebut dan dipelihara selama 10 tahun sebelum individu itu meninggal dunia. Flossie kemudian dijaga oleh kakak kepada mendiang pemiliknya.

Selepas 14 tahun Flossie dijaga dengan baik, pemilik keduanya pula meninggal dunia. Flossie kemudian tinggal bersama anak lelaki kepada pemilik keduanya selama tiga tahun, sebelum diamanahkan kepada sukarelawan di Cats Protection.

kucing paling tua

BACA: Video Kucing Bersantai “Enjoy” Rawatan Spa Buat Netizen “Jealous”

Bermula sejak itulah berita mengenai usia Flossie mula tersebar. Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesahkan usia sebenar Flossie. Hasilnya penyelaras cawangan badan amal itu, Naomi Rosling sangat terkejut apabila melihat rekod rawatan menunjukkan bahawa Flossie berusia 27 tahun.

Flossie mungkin pekak dan agak sukar untuk melihat. Bagaimanapun Flossie dilaporkan seekor kucing yang ceria dengan selera makan yang rakus dan mempunyai selimut kuning kegemaran.

“Kami gembira mendengar tentang Flossie meraikan umur panjangnya. Bukan setiap hari anda menemui kucing hidup sejak pertengahan tahun 1990-an,” kata Craig Glenday, Ketua Pengarang Guinness World Records.

Dipetik daripada Cats Protection, umur kucing dipengaruhi oleh banyak faktor seperti kesihatan, diet dan persekitaran. Jangka hayat purata kucing domestik ialah antara 12 hingga 14 tahun.

Untuk rekod, kucing paling tua pernah hidup bernama Creme Puff yang mencapai usia 38 tahun dan tiga hari. Bagaimanapun Creme Puff meninggal dunia pada 6 Ogos 2005.

TIP PENJAGAAN KUCING:
WETFOOD Murah SINI

1.Beri kucing makan makanan kucing yang berkualiti tinggi. Pengambilan diet yang seimbang untuk kucing anda bergantung pada faktor seperti umur, tahap kecerdasan kucing dan juga kesihatan kucing.

2.Sentiasa sediakan air yang bersih, segar dan basuh serta mengisi semula air didalam bekas air kucing anda setiap hari.

3.Segera bawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan dengan kadar segera jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti anoreksia (hilang selera makan), cirit birit, muntah-muntah dan tidak bertenaga.

4.Suntikan vaksin tahunan dapat mencegah si manja anda daripada penyakit yang berbahaya atau penyakit yang berjangkit. Pastikan anda membawa si manja anda ke vaterinar sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan

5.Pastikan kucing anda berada di dalam rumah kerana kucing yang dibiarkan tinggal bebas di luar rumah lebih mudah untuk dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit.

Sumber: Guinnessworldrecords 1, 2, CNN Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.