Shila Amzah Merajuk Kerana Video ‘British Accent’ Kena Kecam

Posted on

Baru sahaja selesai majlis pertunangannya bersama dengan pilihan hati, hari ini dikhabarkan Shila Amzah mengambil keputusan untuk menyahaktifkan semua akaun media sosialnya. Merajuk lagi !

Shila telah mengikat tali pertunangan bersama dengan Haris Idraki Elias yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London yang dikenalinya kira-kira lima tahun yang lalu.

Disebabkan sudah terbiasa berbahasa inggeris dengan menggunakan dialek British, tak dinafikan Shila mungkin akan terikut-ikut dengan dialek tersebut.

Maka disebab itu, dia ingin mencuba kembali berbahasa Inggeris menggunakan dialek Amerika Syarikat yang biasa digunakan sebelum ini dengan membaca sebuah buku cerita berbahasa Inggeris.

Tapi apa yang menyedihkan disebabkan video itu, netizen telah mengecam tindakannya yang kononnya ‘over’ sehingga tak mampu untuk berbahasa inggeris seperti biasa tanpa dialek.

Seorang netizen di Twitter telah memuat naik video tersebut di laman Twitter dan beraturlah netizen si mulut bawang mengecam tindakannya penyanyi yang telah membina nama di China itu.

Tambah menyakitkan hati apabila terdapat netizen yang mengatakan kononnya Shila lupa diri selepas bertunang dan berlagak.

Aduh… Korang ni main cakap je. Mesti lah dia dah terbiasa cakap macam tu sebab hari-hari berbual dengan tunangnya dengan menggunakan dialek British.

Dalam masa yang sama mesti Shila pun dah terikut dan lama-lama melekat dengan dialek tu.

Sebabkan tak tahan dengan mulut bawang netizen semua, Shila mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Namun tak lama kemudian, Shila membuka semula akaun Instagramnya dengan memuat naik satu gambar dengan kata-kata semangat yang menunjukkan mengenai isu videonya itu.

Kadang-kadang netizen ni yang over tau. Orang tu tak cari masalah pun, tapi diorang yang melebih-lebih sangat jatuhkan air muka orang lain.

Tak pasal-pasal Shila dapat pahala percuma pula sebab mulut bawang kalian semua tu.

Tak dinafikan, sebagai public figure, perkara seperti ni tak lari daripada golongan sepertinya sehingga perkara kecil seperti itu pun sudah menjadi masalah besar kepada mereka.

Setiap apa yang dilakukan oleh selebriti, pasti akan mendapat perhatian orang ramai.

Mungkin lepas ni Shila perlu berhati-hati kalau nak upload apa-apa di media sosial. Bukan apa, netizen sekarang ni hardcore sangat sampai semua benda mereka rasa salah.

Mudah-mudahan apa yang terjadi ni tidak mengganggu emosi Shila dan tunangnya sendiri. Maklumlah, darah manis kan. Harap Shila sabar dan anggap ini semua ujian buatnya yang bergelar selebriti.

Sumber : Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.