Jika sudah namanya selebriti, pastinya setiap perkara yang dilakukan akan menjadi perhatian peminat @ Netizen diluar sana. Baru-baru ini, pelakon Shafie Naswip turut menjadi mangsa kecaman gara-gara melukis tatu di bahagian badanya.
Menurut Syafiq Naswip, dia kini sedang bercuti di Bali, Indonesia dan dalam masa yang sama turut menjelaskan jenis bahan yang dipakainya itu adalah inai dan tidak bersifat kekal.
“Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu. Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun”
“Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu,” katanya kepada Utusan Online. Apa pun, semoga Syafie Naswip elok-elok saja di bumi orang. Nanti tatu dah pudar dan hilang, akan berhentilah orang bercakap, tidak begitu?