“Please! Jangan Benarkan Anak Tengok Video Baru Aliff Syukri”

Posted on

Umum mengetahui jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘Bobo Di Mana’ bersama Nur Sajat dan turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna.

Semalam, muzik video lagu tersebut sudah pun disiarkan menerusi YouTube. Namun, perkongsian oleh seorang wanita ini mendapat perhatian ramai mengenai muzik video tersebut yang dikatakan penuh dengan unsur lucah yang boleh merosakkan minda terutama sekali kanak-kanak.

Wanita itu juga meminta kepada ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak untuk menonton muzik video tersebut. Kata wanita itu lagi, dia cukup malu dengan tindakan Aliff Syukri dan turut mepersoalkan apa yang diperjuangkan menerusi lagu tersebut.

Katanya lagi, banyak aksi-aksi menggoda di atas katil dengan penuh ghairah sehingga tertanya-tanya sama ada mereka ini penyanyi atau bintang porno.

Dakwa wanita itu lagi, strategi pemasaran murahan hanya untuk ‘orang yang murahan’. Wanita itu juga meminta agar mereka di luar sana berhenti menyokong mereka dan ia bukannya soal iri hati tetapi lakukannya sebagai umat Islam.

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut bersetuju dan menekan butang report agar muzik video tersebut dipadamkan dari YouTube. Bagaimanapun, setakat ini muzik video tersebut sudah ditonton sebanyak 660 ribu kali di YouTube dan nombor 1 trending.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.