Sharnaaz, Nabila Beri Anak Nama Jebat Jayden

Posted on

Genap tujuh hari menerima cahaya mata pertama, Sharnaaz Ahmad hari ini berkongsi nama putera pertama mereka yang diberi nama Jebat Jayden Ahmad. Nama tersebut dikongsi khas oleh pasangan itu menerusi Instagram.

Menggelarkan bayi mereka sebagai Baby J sebelum ini merupakan bayangan mereka bakal menamakan bayi itu Jebat. Nama Jebat juga diberi khas sempena nama watak Sharnaaz menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Selain itu Noor Nabila juga sempat memuat naik video pendek berkenaan detik indah ketika melahirkan Jebat di Instastory. Rata-rata teruja dengan kecomelan dan nama unik bayi mereka.

“Sebuah video yang ditujukan khas pada kelahiran ‘raja kecilku. Untuk video penuh, anda boleh klik pada link di bio profil adik saya @atishakhan ! Terima kasih adikku untuk video yang begitu berharga ini,” tulisnya.

Pasangan itu juga turut membuka akaun Instagram yang bernama, Jebat Ayden yang sudah mencecah 42.1 juta pengikut. Dengan ini kami kongsikan detik indah ketika Jebat dilahirkan dari Youtube Atisha Khan.

1 comment

  1. apalah nama macam tu bagi, tak komersil langsung, kenapa tak letak Jamaluddin Jarjis, jojo jay jay ke. apal shanaz!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.