“Datuk Aliff Syukri!!! Bini Pergi Umrah, Suami Sibuk TikTok Dengan Perempuan Lain”

Posted on

Baru-baru ini, isteri usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Menerusi Instagram, Datin Shahida turut berpesan kepada suaminya untuk menjaga anak-anak dan jangan terlalu asyik dengan aplikasi Tik Tok.

Bagaimanapun, kurang 24 jam isterinya ke Mekah, Aliff Syukri nampaknya tidak mengendahkan pesanan isterinya apabila beliau memuat naik video TikTok di Instagram menunjukkan beliau sedang menari bersama beberapa orang model.

Seperti sudah dijangka, tindakan Aliff Syukri itu mengundang kecaman dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang mengatakan beliau tidak menghormati isterinya yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Kata netizen lagi, Aliff Syukri dilihat seperti sengaja memuat naik video tersebut untuk meraih perhatian. Tidak kurang juga rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan sikap Aliff Syukri yang sudah berkali-kali meminta maaf tetapi tetap mengulangi kesilapan.

Walaupun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen masih mengharapkan agar suatu hari nanti Aliff Syukri akan berubah. Apa pun diharap selepas ini Aliff akan lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.