Pemergian insan yang disayanginya baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam buat Neelofa. Menerusi Harian Metro, Neelofa menyatakan bahawa dia kini membuat pilihan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.
“Pemergian arwah datuk banyak mengubah saya untuk menjadi seorang anak dan ahli keluarga yang lebih baik. Saya berasa menyesal kerana kurang menghabiskan masa dengan arwah datuk ketika hayatnya dulu”
“Kini, saya juga lebih menghargai masa berkualiti untuk bersama ahli keluarga walaupun sibuk mengatur urusan perniagaan dan karier seni,” jelasnya.
Tambahnya, arwah turut berpesan agar sentiasa jujur, amanah dan tidak mengamalkan riba dalam urusan perniagaan. Arwah datuk Neelofa, Noor Mohamed yang berusia 83 tahun meninggal dunia pada 20 November lalu.
Selain itu, Neelofa juga menyatakan bahawa pengalaman menukarkan lampin pakai buang datuknya itu juga merupakan salah satu perkara yang suka dilupakannya.
“Saya juga sempat menukarkan lampin pakai buang datuk ketika itu buat pertama kalinya dan ia pengalaman yang sukar dilupakan,” kongsinya.