Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Rita Rudaini, pasti anda tahu wanita ini merupakan penggemar kucing.
Sering kali memuat naik gambar kucing kesayangan dengan kapsyen lucu, sikap penyayang Rita turut mendapat pujian netizen.
Namun apa yang menyedihkan pelakon jelita ini, salah seekor kucing kesayangannya telah hilang, sebentar tadi.
“ ALLAH SWT sahaja yang tahu hati mommy hancur, kecewa, sedih, lembik…tiada yang boleh ganti Pekan. Benda bernyawa bukan macam hilang pensel boleh ganti.
“ Setap pagi dah tak ada dengar ketukan pintu dari Pekan, dah tak ada nak tunggu mommy depan pintu. Pekan adalah yang paling manja, mommy yang sambut dia lahir,” luahnya di Instagram.
Rita juga memaklumkan sejak dilahirkan, Pekan dilayan seperti anak sendiri.
“ Pekan tak pernah keluar rumah, tak pernah jejak tanah, mommy tatang macam minyak yang penuh, sayang macam anak sendiri, dukung macam anak, luluh hati… Allahuakbar,” katanya berharap agar Pekan segera ditemui.
Semoga Pekan ditemui segera dan jika ada yang terjumpa, jangan lupa pulangkan kepada Rita ya!