Tun Mahathir Datang Mengadap Sultan Johor Naik Kereta Mewah Tetapi Bila Nak Balik Airport Sultan Johor Hantar Tun M Pakai Kereta Proton. Ini Sebab Kenapa Proton Saga Istimewa

Posted on

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketibaan Dr Mahathir pada jam 3.57 petang dengan menaiki kenderaan rasmi kerajaan itu turut diiringan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Terdahulu, Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antrabangsa Senai (LTAS) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Pertemuan itu merupakan yang pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU14.

Bagaimanapun, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan, namun difahamkan akan turut membincangkan mengenai beberapa perkara melibatkan kerajaan Pusat dan negeri.

Kenderaan Yang Digunakan Perdana Menteri Tun Mahathir Untuk Mengadap Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.

Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.

Pertemuan antara kedua-dua pihak itu berlangsung selama kira-kira sejam setengah.

Sumber Artikel : Utusan Online

Video Proton Dibawa Sultan Johor Menghantar Tun Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.