(VIDEO) Lelaki ini dedahkan mengenai bahaya ikan talipia hitam. Jangan Ketawa

Posted on

Ikan Talipia merupakan sejenis ikan yang sangat lazim dengan negara kita.

Ikan tilapia (Oreochromis spp) adalah nama umum sejenis ikan yang popular dari keluarga cichlid dari puak biologi Tilapiine cichlid.

Tilapia boleh ditemui di kawasan air tawar dan juga sedikit di kawasan air payau.

Terdapat lebih dari 100 spesis ikan tilapia di seluruh dunia yang mendudukki kawasan sungai, tasik, kolam dan kawasan takungan air.

Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus.

Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia.

Daripada 8 Genus Ikan Tilapia hanya 3 Genus yang paling banyak diternak dan dikenali serta mempunyai nilai komersial iaitu Genus Oreochromis, Genus Sorotherodon dan Genus Tilapia.

Genus Oreochromis sahaja mempunyai 30 spesis seperti Tilapia Hitam, Tilapia Biru, Tilapia Sirip Panjang, Tilapia Mozambique, Tilapia Nil, Tilapia Rufigi dan Tilapia Wami.

Antara genus Tilapia Sarotherodon (lebih 10 spesies) adalah seperti Tilapia Mangga, Tilapia Senegal dan Tilapia Dagu Hitam.

Talipia juga merupakan ikan yang sangat enak dan dimakan oleh semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat Melayu.
Sama ada dipanggang, digoreng dan digulai, rasanya yang lemak dan lembut sangat diminati oleh segenap lapisan masyarakat disamping mempunyai khasiat tersendiri ,

Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa terdapat spesies talipia yang sangat berbahaya jika dimakan.
Spesies berbahaya ini dikesan seorang lelaki daripada Arab yang mana telah membuat kajian terhadap talipia tersebut.
Hal ini disebabkan spesies talipia tersebut mempunyai kandungan unsur yang berbahaya di dalam perutnya, jika dimakan.

Untuk info yang lebih terperinci sila rujuk video berikut.

Jangan marah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.