Siapa tidak mengenali seniman agung P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mendapat gelaran seniman agung disebabkan oleh bakat serta kebolehan beliau yang pelbagai.
Selain menceburi bidang pengarahan, P. Ramlee juga berjaya menempa nama sebagai seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan juga penulis lagu.
Sememangnya seorang artis yang serba boleh!
Banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini sehingga beliau pernah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Antaranya seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4 di Tokyo), dan juga Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10 di Tokyo).
Sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni tempatan, P. Ramlee telah berjaya mencipta lebih daripada 401 buah lagu dan 66 buah filem yang sehingga kini masih terpahat di hati masyarakat.
Meskipun Allahyrham P. Ramlee telah lama pergi meninggalkan kita, kenangan beliau masih lagi segar diingati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda.
Nampak macam sama tapi sebenarnya tak serupa, kedengaran juga sama tapi bukan dia. Itulah antara persoalan net1zen mengenai vide0 seorang pemuda mendendangkan lagu Maafkan Kami nyanyian Allahyrham Tan Sri P. Ramlee, yang mulai tular sejak Isnin.
Suara dan wajah terutama gaya jambul rambut dan potongan kumis, selain susuk badannya iras umpama seniman agung yang amat disegani itu.
Siapa sangka dia sebenarnya juara pertandingan nyanyian Bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan anjuran RTM pada 2012.
Fairuz Misran merupakan salah seorang individu yang amat mengagumi beliau. Malah, jika dilihat sekali imbas, pasti ramai yang akan menyatakan bahawa Fairuz memiliki persamaan dengan P. Ramlee bukan sahaja dari segi rupa parasnya tetapi juga bentuk fizikal dan juga suara.
Menerusi Fcebook, Fairuz telah mengongsikan beberapa video nyanyiannya yang kemudian menarik perhatian ramai net1zen sehingga ada yang menggelarnya sebagai kembar P. Ramlee.
Fairuz Misran digelar ‘kembar P. Ramlee’ gara-gara memiliki suara dan rupa paras persis seniman agung itu
Fairuz Misran berkata, dia mula menyanyi di khayalak ramai seawal umurnya enam tahun semasa mengikut bapanya dan bapa saudara (kini telah mennggal dunia) di Sabah pada 1992.
Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini memberitahu, dia dibesarkan daripada keluarga yang susah maka dia berusaha untuk menyertai pertandingan nyanyian, di mana kebanyakannya menawarkan hadiah berupa wang tunai.
“Saya cuba masuk pertandingan menyanyi hampir setiap bulan, ada menang ada tidak. Hadiah wang tunai yang saya dapat digunakan buat belanja sekolah.
“Hadiah wang tunai pertama saya adalah RM50 semasa di sekolah menengah, tapi itu bukan hadiah juara. Walaupun hanya RM50, cukup bermakna bagi saya,” katanya lelaki berusia 34 tahun ini ketika dihubungi, sambil menambah bahawa lagu pertama yang dinyanyikannya di khalayak ramai adalah Suci Dalam Debu, dipopularkan oleh kumpulan Iklim.
Fairuz yang dibesarkan di Kimanis, Papar dan kini menetap di Labuan di Negeri Bawah Bayu itu memberitahu, dia sebenarnya telah menyertai pertandingan Bintang P. Ramlee pada 2010 tetapi hanya bergelar finalis tanpa sebarang kemenangan.
Namun kekalahan tidak membuatkan anak ketiga daripada tujuh beradik ini berputus asa, sebaliknya terus mencuba pada 2012 memandangkan pertandingan itu dianjurkan setiap dua tahun.
“Alhamdulillah saya menjadi johan menerusi lagu ‘Barang Yang Lepas Jangan Dikenang’ dan persembahan duet bagi lagu ‘Hancur Badan Dikandung Tanah’.
“Bermula dari kemenangan ini, saya dikenali kerana menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee, malah sehingga kini saya hanya nyanyi lagu-lagu beliau di pentas,” katanya.
(Sumber: FB Fairuz Misran)
Dia yang sudah berumah tangga memberitahu, kemenangan tersebut juga membuatkan dia digelar sebagai Ramlee berikutan suara, gaya dan wajahnya iras seniman negara itu.
“Ada orang awam yang bertanyakan sama ada saya mempunyai pertalian keluarga dengan P. Ramlee, saya katakan tak ada.
“Tapi kerana minat yang mendalam terhadap Allahyrham, saya cuba meniru gaya rambut dan misai beliau,” katanya yang merupakan penyanyi sambilan dengan menerima undangan untuk membuat persembahan.
Antara lagu-lagu P. Ramlee yang diminatinya adalah Getaran Jiwa dan lagu tersebut juga yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya.
Menyifatkan P. Ramlee sebagai seorang tokoh yang hebat sepanjang zaman, Fairuz yang bekerja sendiri menambah, suara dan lagu-lagu seniman itu cukup unik untuk diperdengarkan oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda.
“Bila saya membuat gaya seperti P. Ramlee terutama dengan memuat vide0 nyanyian di laman sosial, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian anak muda yang kebanyakan menggemari lagu-lagu urban dan pop, untuk mendengar lagu-lagu beliau.
“Siapa lah saya untuk menggantikan P. Ramlee. Jujurnya, saya tidak layak kerana beliau seorang cukup hebat dan tiada gantinya. Namun berdasarkan bakat dan kemampuan yang dianugerahkan Allah SWT, saya hanya membantu supaya orang ramai terus meminati setiap karya seni P. Ramlee,” katanya.
Disebabkan oleh keistimewaan ini jugalah, Fairuz seringkali menerima jemputan untuk membuat persembahan. Hal ini secara tidak langsung membuatkan ramai berpendapat kemunculan Fairuz dapat melepaskan rindu para peminat terhadap seniman agung tanah air itu.
“Fuhhhh… Terasa macam Abang Ramlee masih ada,” komen seorang net1zen.
Seorang lagi memberi komen, “Kalau tidak tengok rugi rasanya… Nak lepaskan rindu pada Allahyrham Tan Sri P. Ramlee.”
Beberapa vide0 nyanyian secara langsung yang dikongsikan oleh Fairuz ini ternyata kedengaran persis suara P. Ramlee dan meraih lebih daripada ratusan ribu tontonan di Fcebook!
Sumber: EraBaru