Sebelum ini gempar seluruh negara mengenai sebatang pokok petai yang didakwa merembeskan ‘tangisan’ seakan air mata di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu.
Pokok yang terletak dihadapan salah seorang penduduk tempatan menjadi tumpuan orang ramai setelah beberapa minggu mengeluarkan air sebaik menjelang malam.
Kejadian misteri itu menarik puluhan orang ramai untuk menyaksikan fenomena ‘pokok menangis’ itu secara lebih dekat.
Tidak tahu dimana datangnya air yang merembes keluar daripada pokok tersebut, orang ramai mengambil peluang menadah air dari daun petai itu yang didakwa kononnya mempunyai khasiat bagi menyembuhkan penyakit.
Bahkan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menadah air misteri tersebut.
Ketika tinjauan peringkat awal mendapati kebanyakan mereka membawa botol, baldi, tong air gelen, dan besen semata-mata untuk menadah air tersebut
Walaubagaimanapun, fenomena ini akhirnya terjawab apabila salah seorang penduduk telah mendakwa bahawa tangisan tersebut didakwa terhasil daripada sejenis cecair yang datang daripada serangga yang dikenali sebagai reriang ataupun cicada.
serangga ini adalah sejenis serangga yang gemar bertenggek di atas pokok secara berkumpulan dan mengeluarkan cecair jernih yang mana fenomena tersebut dikenali sebagai Cicada Pee (Kenc*ng Cicada) atau Cicada Rain (Hujan Cicada).
Dakwaan ini dibuktikan dengan rakaman sebuah video terbaru yang dimuatnaik ke laman sosial facebook oleh seorang pengunjung. Lihat Video berikut;
So dah jelas kan?
Cuma nak tahu apa perasaan korang yang dah minum air serangga ni tu. hehe