Selepas terpalit dengan isu kontroversi membuka tudung serta bergambar berpelukan dengan lelaki, pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram miliknya.
Melalui perkongsian gambar terbaharunya yang dimuat naik kurang 24 jam yang lalu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat tidak lagi membuka ruangan komen kepada para pengikutnya.
Emma yang teruk dikecam netizen ekoran kontroversi dua gambar yang tular itu bagaimanapun telah tampil mengaku kesalahannya dan memohon maaf secara terbuka kepada semua pengikutnya.
Terdahulu tular dalam media sosial dua keping gambar membabitkan Emma yang mendedahkan rambut dan ‘beraksi panas’ bersama abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.
Tidak membiarkan isu tersebut terus berlarutan, Emma menjawab hampir setiap pertanyaan media dan peminat dengan memohon maaf serta mengaku individu yang tidak bertudung dan berpelukan dengan Syed Abdullah itu adalah dirinya.
Walaubagaimanapun, dalam sekeping lagi gambar yang tular, Emma menafikan dia adalah wanita yang duduk di celah kangkang lelaki terbabit.
sumber :MHETV