SURABAYA: Ketiadaan jambatan menyebabkan penduduk di sebuah daerah di Jawa Timur terpaksa menghanyutkan keranda berisi jena zah ketika menyeberang sungai untuk ke tanah perkuburan.
Difahamkan, penduduk di daerah Gresik, terpaksa berbuat demikian setiap kali ada kematian terutama ketika musim hujan apabila air sungai dalam dan tidak boleh dilalui dengan berjalan kaki.
Penduduk menggunakan sekurang-kurangnya tiga tiub tayar lori bagi membina rakit untuk diletakkan keranda di atasnya.
Kejadian terbaru, rakaman video penduduk menghanyutkan jenazah menggunakan rakit itu tular di media sosial.
Menurut laporan Tribune News, rakaman yang dimuat naik di akaun Instagram @ndorobeii Rabu lalu, menunjukkan penduduk bekerjasama membawa keranda menyeberangi sungai dalam keadaan arus deras untuk ke tanah perkuburan.
Seorang penduduk dikenali sebagai Doni berkata, mereka terpaksa melalui kesukaran itu setiap kali berlaku kemat ian akibat ketiadaan jambatan, terutama ketika musim hujan apabila air sungai naik.
“Jika musim kemarau, sungai agak kering membolehkan kami menyeberang dengan berjalan kaki, ” katanya.
Penduduk daerah itu mendakwa mereka sudah mengajukan masalah terbabit kepada pihak berkuasa tempatan tetapi tidak diendahkan, lalu memuat naik rakaman itu ke media sosial dengan harapan diberi perhatian segera.
Di Kampung ini sebenarnya dah ada tanah kubur, tetapi tak dapat digunakan kerana keadaannya yang terendam air dan kami terpaksa menyeberang ke kampung sebelah kerana di sana. Hal ini sering berlaku khususnya ketika musim hujan.
“Sudah bertahun-tahun kami melalui saat ini. Kadang-kadang dah menjadi kebiasaan. Namun kami tetap mengharapkan pihak berwajib supaya segera menyelesaikan masalah ini supaya tidak merumitkan keadaan kami di kemudian hari.”
kata seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Budianto
Menurutnya lagi, kebanyaan warga sudah ada yang berpindah dan merantau antaranya disebabkan oleh fasiliti dan kemudahan yang sukar di kampung berkenaan. Namun masih ramai lagi yang menetap di sana. Baginya, jambatan merupakan satu kemudahan yang sangat priotitas dan keutamaan untuk warga kampung buat masa ini.
Namun pihak Kecamatan Kedamean Gresek, Suhadi Kades ketika ditemui memperjelaskan bahawa punca jambatan tak mampu dibangunkan sebelum ini adalah kerana kekurangan dan dan kewangan. Tambahan pula panjang jambatan sekitar 60 – 70 meter yang mungkin menelan belanja yang besar dan diluar kemampuan pihak pemerintah.
Namun begitu, beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.
“Selain daripada urusan ini, ketiadaan jambatan banyak membantut perkembangan ekonomi dan urusan harian kami.” ujarnya lagi
(VIDEO) BERIKUT ADALAH RAKAMAN YANG DIMUATNAIK PENDUDUK KESUKARAN MEMBAWA JENA ZAH KE TEMPAT PENGEBUMIAN
Sumber : Jawa Timur Tribunnes