(VIDEO) Bumi Flat atau Spera : Ini Penjelasan Mantap Dr Zakir Naik Beserta Dalil

Posted on

Sebelum ini heboh dengan polemik melibatkan seorang artis tanah air, Suhaimi Saad yang dengan jelas percaya dan tegas bahawa bentuk muka bumi adalah mendatar atau istilah Inggerisnya adalah “Flat Earth”.
Beliau yang sebelum ini pernah menjadi perhatian netizen dan peminat dengan kenyataannya yang kononnya anti vaksin, walaubagaimanapun dihujani dengan pelbagai kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak yang seolah-olahnya telah mempertikai Sains dan Sunnah Allah bahawa bumi itu berbentuk Sfera atau Bulat.

Pertikaian menjadi lebih ‘meriah’ apabila beliau secara tak langsung telah mengheret Angkasawan Negara, iaitu Dr Syeikh Muszapar Shukor dalam perbahasan mengenai Bumi itu Bulat atau Mendatar. Syeikh Muszapar secara bersahaja telah memberi jawapan bahawa Bumi itu adalah Bulat sebagaimana yang beliau menyaksikan sendiri sewaktu trip nya ke Bulan beberapa tahun lepas.

Respons Dr Muszapar isu bentuk bumi

POLEMIK BUMI SFERA ATAU FLAT?

Polemik rupabentuk bumi sebenarnya sudah muncul beberapa tahun yang lalu.
Awal tahun 2016 dulu, penyanyi rap Amerika B.o.B ada buat kenyataan yang dia percaya dengan teori bumi rata. Kesannya berlaku perdebatan hangat di US mengenai rupabentuk bumi itu.
Kemudian, wujud satu gerakan di negara kita yang menafikan Bumi Itu Sfera dengan tercetusnya facebook Bumi Bukan Sfera.

Bukan sekadar di US Di Indonesia juga pernah berlaku perdebatan yang sama kira-kira 15 tahun yang lalu dan kembali hangat pada 2016 sehingga menjadi perbahasan dalam kalangan ahli akademik dan bijak pandai.
Begitu juga di Malaysia, cuma akhir-akhir imi kembali diperbincangkan apabila isu ini dicetuskan oleh artis nasyid, Suhaimi Saad.
Bukan sekadar tegas dengan pendiriannya bahawa Bumi itu Mendatar, malah beliau juga percaya bahawa saiz bulan dan matahari adalah sama. Suhaimi juga mminta supaya netizen yang menyatakan bumi Sfera supaya membuktikan di mana langit dunia yang seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Mulk.

DR ZAKIR NAIK JAWAB ISU BUMI BULAT ATAU MENDATAR

Sebelumnya, Zakir Naik ditanya oleh seorang perempuan bernama Rosita yang berasal dari Ambon, Maluku. Menurut yang diketahuinya, dalam Al-Quran surah Al-Kahf ayat 7, surah Adz dzariat ayat 48, dan surah Al Ghasyiyah 20, bahwa bumi itu dihamparkan. Namun, dari sekolah dasar hingga perguruan tinggi yang diajarkan bahwa bumi itu berbentuk bulat.

“Apakah selama ini kita dibohongi oleh sains modern? Atau Drr Zakir Naik punya pendapat sendiri yang menjelaskan bahwa bumi itu bulat atau datar?” tanyanya.

Kemudian, Zakir Naik pun beranjak dari tempat duduknya lalu berjalan mendekati mikrofon sambil membawa Al-Quran dan beliau terus menjawab persoalan tersebut hingga mengejutkan hadirin…
berikut adalah jawapan Dr Zakir Naik

(VIDEO) Jawapan Dr Zakir Naik Persoalan Bumi Sfera atau Flat

Semoga dengan penjelasan dan pencerahan ini menjawab polemik yang sengaja ditimbulkan selama ini.
Semoga bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.