(VIDEO) Kenapa Ustaz kekal awet muda? Jamu apa yang Ustaz Makan? Ini Tips daripada UAI

Posted on

(TIPS DARIPADA UAI, SILA KLIK VIDEO DI BAWAH)

Bagaimanakah untuk kekal muda dan berseri? Meskipun bertambahnya usia, banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua. Hal itu membuatkan ramai berusaha untuk melakukan pelbagai cara agar memiliki wajah kekal awet muda.

Jika anda ingin memiliki wajah yang tampak awet muda, anda boleh mengikuti cara orang-orang terdahulu. Seperti nenek anda, mereka bahkan hingga berumur lanjut masih tetap kuat menjalankan segala aktiviti. Maka anda perlu mengetahui tip daripada mereka.

Selain mengamalkan petua lama, anda juga boleh amalkan pelbagai doa dan zikir untuk awet muda. Jangan mengubah tetapi pelihara dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa. In sha Allah jika yakin pada Allah dan pasang niat yang baik, maka baiklah jadinya.

PETUA AWET MUDA

Petua 1 : Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi dengan selawat Nabi tiga kali. Amalkan urutan ini setiap hari.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi sebelum mandi dan menggosok gigi, minum air dan biarkan ia dalam mulut anda selama 10 saat sambil berselawat tiga kali. Kemudian, baharulah anda meneguknya. Air liur mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan sapukan ke muka berserta niat dalam hati agar diindahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Agar wajah muda daripada umur, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat Subuh, bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar.

Petua 6 : Hafal ayat 35-38 daripada surah Al-Waqiah. Baca dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk di kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Elak mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Petua awet muda ini hanyalah sekadar perkongsian yang boleh anda amalkan. In sha Allah dengan izin-Nya ia dapat membantu menyerikan wajah dan membuatkan wajah awet muda.

USTAZ AZHAR KONGSI TIPS UNTUK KEKAL BERTENAGA DAN AWET MUDA

Antara Pendakwah Yang Mengekalkan Wajah Awet Muda

Dalam Satu kuliahnya yang berlangsung di Masjid Bank Negara, beliau ditanya satu soalan oleh salah seorang staff. Soalan tersebut berkaitan mengenai amalan Ustaz Azhar dalam kehidupan sehariannya khususnya cara beliau menguruskan masa dan tenaga dalam mengendalikan jemputan-jemputan kuliah dan program yang sangat padat. Selain daripada soalan bagaimana beliau mengekalkan awet muda meskipun umur nya sudah menjangkau 55 tahun.

(VIDEO) INI JAWAPAN DAN TIPS OLEH USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI SOALAN TERSEBUT

Dalam Gelak-Gelak. Ada Juga Manfaat dan Ilmu Yang Disampaikan.
Kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.