Tak lama dulu, viral isu berkenaan golongan lelaki yang dikatakan tidak menghormati majlis kerana dengan selamba memakai selipar serta t-shirt round neck kalau berkunjung ke kenduri. Agak selekeh kan?
Walaupun ramai yang cakap perkara ini ikut atas individu sebab tak ada peraturan yang ditetapkan, well admin rasa korang patut rasa malu. Ini kerana pakcik-pakcik yang admin nak reveal kat bawah ni ternyata lebih beradab dan gentleman dari korang semua.
Ada orang cakap punca pakai ala kadar pergi kenduri sebab faktor cuaca panas tapi…
Menerusi perkongsian di Twitter, lelaki bernama Mustaqim buat satu pemerhatian masa dia berkunjung ke kenduri kampung dekat Wang Tepus, Kedah.
Apa yang mengejutkannya ialah walaupun suasana kat kenduri tu ‘panaih lit lit’ (panas gila lah kata orang Kedah)
Kandungan
TETAPI warga emas yang berkunjung ke kenduri tetap maintain pakai baju berkolar!
” Haritu ada orang cakap punca pakai ala kadar pergi kenduri sbb faktor cuaca panas/ tak mampu nak pakai kemas. Harini, aku pi kenduri kat area Wang Tepus, Kedah.. dengan cuaca yang panaih lit lit dikelilingi bendang(sawah)..
” Apa yang aku perhatikan, pakcik2 yg berumur 50an dan keats boleh kata hmpir semua pakai baju siap berkolar, sama ada kemeja/ baju melayu.. kemas n beradab je. Walaupun kenduri kampung khemah atas tanah je. Tapi yg muda2 remaja yg banyak pakai selipar, kolar bulat biasa..
” Aku faham je, kenduri kat kampung je. Tapi kat sini nak cakap, kalau ada effort nak pakai tu, boleh je pakai. Tipula xda baju berkolar n kasut brtutup.. tambah2 lg student universiti, mostly pi kelas pkai bju berkolar.
” Cuma nak highlight kat sini, kalau pakcik2 yg gi kenduri kampung pun ble pkai kemas, takkanla yg pergi kenduri kat dewan/ tempat lebih formal, xboleh nak ada effort lebih sikit?
“ Pakcik ni paling steady, siap sneakers lagi”
Kalau pakcik kat bawah ni siap boleh pakai sneakers lagi, takkan korang tak boleh letak effort sikit untuk berpakaian kemas bila ke majlis formal kan?
“ Abah aku jadi tukang masak dekat rumah kenduri pun pakai baju berkolar siap. Takkanlah hangpa yang cuma mai makan tak reti pakai elok-elok”
Apa yang admin boleh simpulkan di sini, ramai di kalangan netizen memang tak setuju dengan alasan para lelaki untuk berpakaian selekeh kalau ke majlis formal. Kalau orang tua-tua boleh, kenapa kita orang muda letak macam-macam alasan pulak kan?
Tetapi… ada jugak yang komen cakap baju berkolar ni memang style orang tua-tua. Jadi padanlah dorang ke mana-mana pun pakai baju macam tu. Alahai…
Bagi admin tak salah kalau nak berimej kemas pergi majlis kenduri. Kan bagus handsome-handsome. Barulah cik adik manis jatuh hati.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : Lobak Merah & Newsviral